Saturday 1 November 2014

Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Sirah ) Siri 2

dua nama Khulafa ar-Rasyidin
- Sayidina Abu Akar as-Siddiq
- Sayidina Omar al-Khattab
- Sayidina Uthman Bin Affan
- Sayidina Ali Bin Abi Talib

Golongan lain yang terdapat pada masa itu ( Khulafa ar-Rashidin)
- Masyarakat Islam yang berada di luar tanah Arab seperti Iraq
- Golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan atau dikenali kafir Zimmi.

Dua lagi jawatan yang lain.
- Pegawai pemungut cukai (sohibul Kharaj)
- Pegawai polis ( Sohibul Ahdath )
- Pengurusan perbendaharaan negara (Sohibul Baitul Mal)
- Ketua hakim (Qadhi al-Qudha)

Saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam
- Akidah
- Integrasi ilmu
- Kecekapan pentadbiran

faktor beliau melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan
- Inspirasi dari gerakan Islah Jamaluddin al-Afghni yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu
- Kesedaran beliau terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulm sekolah dan universiti yang telah ketinggalan zaman
- Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taklid buta dan pasif (jumud)
- Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan yang menyebabkan golongan miskin terpinggir.

Dua kesan positif penyebaran Islam Zaman KBAbasiyah
- akidah
- Ilmu pengetahuan
- Kebudayaan
- Sistem kemasyarakatan

Semangat jihad tersebut dapat ditanamkan dalam diri pelajar untuk berjaya dalam kehidupan dengan cara
- Berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan
- Berjihad untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
- Berjihad untuk melawan hawa nafsu
- Berjihad untuk memajukan diri sendiri
- Berjihad untuk mengelakkan daripada melakukan dosa
- berjihad




Dua ujian dihadapi Imam Hanafi
- Pernah di penjara dan disebat 100 kali.
- Meninggal dunia ketika di dalam penjara.
- Dipenjarakan kerana menolak jawatan sebagai juru tulis surat rasmi kerajaan bani Umaiyyah.
- Juga pernah dipenjarakan kerana menolak jawatan hakim di Baghdad.

Dua sumbangan
- Mengasaskan Mazhab Hanafi / yang menjadi anuti masyarakat Islam hari ini
- Menghasilkan karya seperti al-Fiqh al-akbar, kitab al-faraid/ yang menjadi rujukan umat Islam.
- Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar orang ramai di Masjid.
- Berfikiran terbuka dan kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fekah.
- Ulama pertama menyusun kitab fekah mengikut bab dengan baik dan tersusun.
- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah tertentu.
- Seorang yang amat teliti dlm menentukan hukum mengikut martabat hadis


Jenis tentera Zaman Bani Umaiyah
1. Tentera sukarela
2. Tentera kerahan tenaga
3. Tentera yang dilatih khas untuk musim panas dan musim sejuk.
4. Tentera darat
5. Tentera laut

Penambahbaikan yang telah dilakukan dalam bidang ketenteraan Bani Umaiyah
1. Menyusun tentera mengikut corak tentera Parsi
2. Menubuhkan angkatan perang yang teratur
3. Tentera dilatih berperang pada musi panas dan sejuk
4. Membina pengkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia
5. Menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai Dewan al-Jundi

Method yang digunakan oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani dalam usaha menaikkan semangat umat Islam untuk menentang penjajah.
1. Melalui pidato yang bernas dan bersemangat
2. Melalui penghasilan karya ilmiah
3. Melalui akhbar / al-Urwatul Wusqa

Bentuk islah yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddin:
- Mengembalikan kecemerlangan umat Islam seperti zamanKhulafa’ Ar-Rasyidin
- Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya
- Mengkritik Taklid A’ma (mengikut secara membuta tuli)
- Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yangsebenar
- Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatikmazhab
- Menumpukan perhatian kepada usaha memerdekakantanah air dan pemikiran dari penjajahan

Akhbar yang pernah diasaskan oleh As-Sayyid Jamaluddin:
- Akhbar Al-Urwatul Wusqa
- Akhbar Misr
- Akhbar At-Tijarah
- Akhbar Al-Khafiqin
Kesan idea Islah yang dibawa oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani.
1. Meningkatkan daya fikir umat Islam
2. Membetulkan fahaman umat Islam berpandukan al-Quran dan Hadith.
3. Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan ketakwaan umat Islam
4. Menimbulkan kesedaran untuk berjuang menentang penjajah


Dua faktor kejayaan kerajaan Bani Umaiyyah
1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
2. Penguasaan ilmu pengetahuan
3. Ekonomi yang stabil
4. Kekuatan tentera
5. Perhubungan baik antara kerajaan dan rakyat
6. Semangat jihad yang tinggi


Dua peranan generasi kini untuk mengembalikan kegemilangan zaman tersebut
1. Menghidupkan semangat jihad
2. Berusaha bersungguh-sungguh menguasai pelbagai bidang ilmu
3. Sentiasa bersatu padu bagi mewujudkan kemanan negara
4. Mengamalkan semangat juang yang tinggi dalam usaha membangunkan agama
5. Menangkis segala serangan daripada pihak musuh

Riwayat hidup Ibnu Khaldun
1. Nama sebenar Rahman bin Muhammad bin Muhammad
2. Lahir di Tunisia 732H=1332M
3. Berketurunan Arab Yaman yang berhijrah ke Andalus
4. Bapanya seorang sarjana
5. Sejak Tunisia diserang wabak taun ia berpindah kebeberapa tempat iaitu al-Geria,Fez,Granada,Bougie dan Mesir
6. Pernah menyandang beberapa jawatan
- S/U Negara di Istana Sultan Abu Ishak
dan Sultan Abu Annan
- Anggota majlis Ilmiah
- Anggota jabatan setiausaha sulit sultan Abu Salim di Fez,Maghribi
- Duta Granada
- Perdana Menteri Bougie
- Ketua Hakim Negara ( Qadi al-Kudhat ) Mesir
7. Meninggal di Kaherah Mesir 808 H – 1406 M ketika berumur 87 tahun

Dua bukti menunjukkan Ibnu Khaldun tokoh dalam pelbagai bidang
1.Sejarawan
- Menganalisis tamadun dari segi permulaan dan faktor kegemilangan serta kejatuhannya
- Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi ,ekonomi,sosiologi,alam sekitar dan geografi
2.Negarawan
-Menyandang beberapa jawatan penting negara antaranya
- S/U Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan Abu Annan
-Anggota majlis Ilmiah
-Anggota jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim di Fez,Maghribi
-Duta Granada
-Perdana Menteri Bougie
-Ketua Hakim Negara ( Qadi al-Kudhat ) Mesir
3.Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab
-Menghasilkan banyak syair
- Jelas kelihatan dalam perbahasan tentang syair dalam kitab al-Muqaddimah

 Dua ilmu berteraskan akal yang terdapat pada zaman tersebut ( Bani Abbasiyah)
1. Ilmu matematik
2. Ilmu falak
3. Ilmu kimia
4. Ilmu fizik
5. Ilmu geografi
6. Ilmu perubatan






Dua faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman tersebut
1. Usaha dan galakan para khalifah yang mengambil berat ilmu pengetahuan
2. Aktiviti penterjemahan kedua-dua bidang ilmu/pelbagai bidang ilmu
3. Kestabilan politik dan kewangan / membolehkan kerajaan memberi tumpuan

kepada pendidikan
4. Kehadiran para sarjana pelbagai bidang ilmu ke baghdad.
5. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
6. Dasar kerajaan Abassiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
7. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji alam sekitar
8. Hubungan diplomatic antara kerajaan abassiyah dengan negara-negara luar.
9. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.


Dua usaha yang dilakukan oleh kerajaan bani Umaiyah bagi
memantapkan sektor perdagangan pada masa itu:
- Membina jalan raya dan pelabuhan bagi kemudahanpersinggahan kapal.
- Kapal perang khas dibina untuk mengawal lautan danmembanteras lanun
- Membuat perusahaan kraftangan.

Dua hasil negara pada zaman kerajaan bani Umaiyah selain
zakat:
- Kharaj
- Jizyah
- Usyur
- Fai’
- Ghanimah


Faktor kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada
masa tersebut:
- Khalifah al-Wasiq tidak melakukan sebarang pembaharuan
- Banyak bergantung kepada pegawai Turki untuk menjalankan polisi pemerintahan
- Pengaruh Turki dan Parsi menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah



Dua bangsa yang mempengaruhi percaturan politik kerajaan
Abbasiyah pada masa tersebut:
- Turki
- Parsi

Sebab Imam Ahmad bin Hanbal digelar “Al-Hakim”:
- Menghafaz lebih daripada 700 ribu hadis
- Mempunyai pengetahuan mendalam dalam ilmu hadis

Dua sumbangan beliau:
- Menghasilkan karya (1m) yang menjadi rujukan seperti kitab al-Musnad (1m) /Tafsir al-Quran, an-Nasikh wal Mansukh, al-Muqaddam wal Muakhir, Jawabah al-Quran,
at-Tarikh, al-Manasik al-Kabir, al-Manasik as-Saghir, al-Illah dan as-Solah.
- Pendokong Mazhab Hanbali (1m) yang tersebar hingga keMesir (1m)/ Iraq, Syria, Hijaz dan Najd.

Sikap pemerintah kerajaan Umaiyyah
- sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat
- segelintir pemerintah yang cuai melaksanakan tuntutan Islam
- sikap kemewahan hidup pemerintah

Dua Method islah dalam dakwah oleh Muhammad Abduh
- Proses pengajaran di masjid/masjid al-Husin/sekolah/sekolah al-Sultaniah Beirut/university/university al-Azhar
- Melalui media massa/majalah/majalah al-Urwatul Wusqa/akhbar
- Menghasilkan karya-karya/karya Risalah al-Tauhid
- Jawatan yang di sandang/hakim/mufti

Kesan perjuangan islah Muhammad Abduh dalam ilmu:
- Sukatan pengajian di sekolah dan university meliputi bidang ilmu fardhu ain dan kifayah
- Kurikulum Uni al-Azhar menjadi model kpd pusat2 pengajian lain
- Kebajikan pelajar diberi perhatian/asrama/farmasi
- Menyediakan peruntukan gaji guru
- Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil


Dua daripada sumber kewangan kerajaan bani Abbasiah
- Zakat
- Kharaj/cukai tanah
- Usyur/cukai pelabuhan/hasil pertanian
- Jizyah/cukai keatas bukanj islam/cukai kepala
- Al-Fai/ufti/harta musuh yang berdamai
- Al-ghanimahharta rampasan perang

Dua faktor yang membawa kegemilangan kerajaan Bani Abbasiah
- Kestabilan politik/kekuatan tentera/kecekapan pemimpin
- Dasar politik kerajaan Bani abbasiah yang disenangi rakyat/adil kepada rakyat
- Kedudukan Baghdad yang strategic menjadi laluan perdagangan
- Perpaduan antara kaum/rakyat setia kepada pemimpin
- Penghayatan konsep kerja sbagai ibadah
- Perkerkembangan pesat ilmu
- Kemantapan dkonomi
- Hubungan diplomatik yang baik
- Pentadbiran berdasarkan al-quran dan sunnah


Riwayat hidup Imam Ahmad bin hanbal
- Nama sebenar Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
- Lahir pada rabiul awal 164H/780 M
- Lahir di Baghdad Iraq
- Keturunan nabi Muhammad s.a.w.
- Merupakan murid imam Shafie
- Wafat pada 231 H /855 M ketika berumur 77 tahun

Kegigihan Imam Ahmad bin hanbal yang dapat dicontohi dalam menuntut ilmu
- Selalu membawa alat tulis/kertas ke mana sahaja
- Menghafaz al-quran dan mempelajari bahasa arab
- Pernah keluar sebelum terbit fajar tetapi dilarang ibunya
- mengembara ke beberapa buah negeri untuk mencari ilmu


No comments:

Post a Comment