Saturday 1 November 2014

Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Sirah )

Sumbangan Abu Bakar as-Siddik r,a dalam pentadbiran negara:
- Menghapuskan golongan murtad
- Menghapuskan golongan nabi palsu
- Membebaskan negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi
- Menghapuskan golongan yang enggan membayar zakat

Dua akibat membelakangkan kepimpinan khulafa’ ar-Rasyidin
- Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam
- Negara Islam selepas khulafah ar-Rasyidin dipimpin oleh khalifah secara warisan
- Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan khulafah Othman bin Affan dan Ali bin Abi Talib
- Negara terdedah dengan fitnah dan peperangan sesame sendiri.

Dua bukti Ibnu Khaldun sebagai tokoh
- Ketua hakim Mesir
- Anggota Ilmiah di Pez
- Perdana Menteri di Bongie
- Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab
- Menghasilkan banyak syair dalam kitab Muqaddimah
- Pegawai Jabatan Setiausaha Negara di Istana Sultan Ishak

Dua contoh Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun menuntut ilmu
- Tekun mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
- Bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu walau sibuk dengan tugas pentadbiran.
- Menghasilkan banyak syair
- Penggiat kesusasteraan Arab

Faktor yang membawa kejatuhan pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah.
- Pemerintah mengabaikan ajaran Islam
- Pemerintah lalai dengan kemewahan hidup
- Berlaku pilih kasih dalam pemerintahan
- Wujud semangat asobiyyah/kabilah

Pengajaran yang dapat diambil daripada kejatuhan tersebut.
- Setiap pemimpin hendaklah memerintah berdasarkan ajaran Islam yang sebenarnya.
- Pemerintah hendaklah mengamalkan sistem pemerintahan yang adil dan saksama pada rakyat.
- Umat Islam hendaklah hidup dalam kesederhanaan dan tidak bermewah-mewahan.
- Kita hendaklah hidup bersatu padu dalam negara.


No comments:

Post a Comment