Saturday 1 November 2014

Contoh Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Bahagian Adab )

Kepentingan berfikir dalam Islam
- Berfikir tentang kejadian alam pada setiap masa
- Sentiasa mengingati bahawa Allah wujud dan Maha Agung
- Berfikir juga beperanan menentukan tindakan seseorang
- Dapat membezakan antara baik dan buruk

Dua garis panduan dan adab berfikir dalam Islam
- Berdasarkan wahyu
- Akal fikiran
- Bukti-bukti kajian santifik
- Matlamat yang jelas
- Maklumat dan fakta yang tepat

Dua faedah berfikir yang patut diamalkan dalam kehidupan sebagai pelajar Islam.
- Dapat memantapkan iman/ yang boleh menjadikan sesorang cemerlang dunia dan akhirat.
- Menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah/ dengan mengambil iktibar daripada ciptaan yang Maha Agung.
- Dapat menghindari unsur khurafat/yang boleh merosakkan akidah seseorang.
- Dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat seperti intenet.
- Menjadikan seseorang pro aktif dan berdaya maju/ kerana akal fikiran yang baik mampu menggunakan peluang yang ada secara terancang.

Dua perkara yang disunatkan dalam bermusafir.
- Menziarahi ketiga-tiga masjid seperti Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
- Menziarahi keluaraga/suadara mara
- Mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang ditinggalkan

Dua amalan yang dilarangkan ketika bermusafir
- Berkunjung ke tempat –tempat maksiat
- Melakukan kerosakan alam ciptaan Allah
- Berlaku pertelingkahan kerana tiada ketua.

Sebab-sebab perlu beradab ketika bermusafir.
- Supaya perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah
- Sekiranya berlaku perselisihan ketua yang dilantik akan menyelesaikannya
- Supaya tidak berlaku kerosakan alam ciptaan Allah SWT

Adab rakyat terhadap pemimpin
- Taat kepada pemimpin selagi tidak menyuruh melakukan perkara mungkar
- Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara
- Sokongan yang padu. memberi sokongan kepada projek yang memberi faedah yang banyak untuk kepentingan negara dan masyarakat.
- Menasihati pemimpin dengan cara yang baik

dua kesan yang akan berlaku jika sekiranya rakyat tidak mentaati pemimpin.
- Pemimpin tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan lancar
- Ekonomi negara akan menjadi lemah
- Negara akan menjadi huru hara kerana rakyat tidak menghormati pemimpin




sifat –sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin menurut Islam ialah
- Bersifat amanah terhadap tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat
- Bertanggungjawab menyediakan semula keperluan asas untuk rakyat
- Menjamin keamanan dalam negara dari dicerobohi oleh musuh
- Adil iaitu bersifat sama rata antara semua rakyat tidak pilih kasih
- Berani membuat keputusan untuk kesejahteraan rakyat

Dua adab menjaga kemudahan awam
- Menggunakan mengikut peraturan yang telah disediakan
- Bertimbang rasa dengan pengguna lain
- Melaporkan kerosakan kepada pihak yang bertanggungjawab
- Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

Dua alasan tindakan itu tidak wajar meroskan harta awam di sekolah
- Akan menyusahkan orang lain bila hendak menggunakannya
- Memusnahkan harta benda sekolah
- Akan dikenakan tindakan disiplin
- Akan dimarahi oleh guru
- Murid hendak prihatin atas kepentingan orang lain
- Murid tidak boleh mementingkan diri sendiri
- Murid yang melakukannya adalah yang buruk akhlaknya
- Murid tidak menghayati ajaran Islam

Cara mengawal penggunaan kemudahan awam
- Mengadakan kempen kesedaran di sekolah
- Menguatkuasakan undang-undang
- Menerapkan pendidikan awal di sekolah
- Memaklumkan kepada guru jika terdapat vandalisme di sekolah

Maksud memberi hadiah
Pemberian sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian
Dua adab memberi hadiah.
1. Hendaklah dilakukan dengan ikhlas
2. Memberi barang yang kita sayangi
3. Tidak mengungkit barang yang telah kita berikan

Kelebihan memberi hadiah
1. Mendapat ganjaran daripada Allah kerana Allah menjanjikan balasan setiap kebaikan  
2. Disukai oleh manusia kerana menggembirakan hati orang yang menerimanya  
3. Rezeki akan bertambah kerana Allah berjanji akan menggantikan harta yang disedekah

Dua adab terhadap Rasulullah SAW
1. Bersalawat kepada Nabi Muhammad
2. Tawaduk dan bersopan santun
3. Menziarahi makam baginda
4. Mengasihi sahabat baginda
5. Beriltizam dengan sunnah Rasulullah

Dua tingkahlaku tidak beradab dengan Rasulullah SAW
1. Tidak mentaati perintah baginda
2. Bising ketika menziarahi makam baginda
3. Tidak mengucap salawat ketika nama baginda disebut
4. Tidak menghormati sahabat baginda

Dua kebaikan beradab dengan Rasulullah SAW:
- Dikasihi Allah SWT kerana mengasihi RasulullahSAW
- Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana mengamalkan sunnah Rasulullah
- Melahirkan insan yang beradab sesama makhluk kerana mencontohi akhlak Rasulullah
- Terhindar dari perbuatan keji kerana masa diisikandengan mengamalkan sunnah Rasulullah
- Mendapat syafaat Rasulullah SAW kerana berselawat kepada nabi

Kerugian orang yang tidak melakukan sunnah Rasulullah SAW
1. Tidak berpeluang menerima syafaat baginda di akhirat kelak  
2. Boleh merosakan iman pada diri sendiri
3. Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukan  
4. Tidak berpegang dengan ajaran Allah kerana tidak berpegang dengan sunnah Rasulullah  

Peringkat jihad melawan syaitan :
- Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yangada dalam diri
- Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat

Dua adab berjihad yang perlu diamalkan oleh orang yang
berjihad di jalan Allah:
- Ikhlas semata-mata untuk mendapat keredaan Allah
- Sanggup berkorban apa sahaja untuk perjuangan
- Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan
- Mematuhi arahan dan mempunyai semangat berpasukan

Dua cara melahirkan semangat jihad dalam diri:
- Menambah ilmu pengetahuan khususnya mengenaikelebihan-kelebihan jihad
- Melakukan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail,membaca al-Quran dan sebagainya
- Membuat kajian mengenai cabaran-cabaran yang dihadapioleh pejuang Islam untuk dijadikan contoh dan iktibar
- Memupuk semangat dan komitmen yang tinggi dalam diri untuk menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti


Maksud sedekah :
- Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah

Dua jenis sedekah :
- Senyuman yang ikhlas
- Amar makruf dan nahi munkar
- Menyelesaikan masalah orang lain
- Membuang perkara yang menghalang di jalan
- Mensedekahkan wang/harta
- Menolong orang yang memerlukan pertolongan/khidmat


Dua kelebihan sedekah kepada individu:
- Mendapat ganjaran Allah kerana ikhlas ketika memberi sedekah
- Disukai oleh manusia/masyarakat kerana suka menolong manusia lain/ringan tulang/
- Rezeki akan bertambah kerana Allah sebaik-baik pemberi rezeki



No comments:

Post a Comment