Saturday 1 November 2014

Contoh Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Bahagian Ibadat )

Dua rukun Haji
- Niat mengerjakan haji
- Wukuf di Padang Arafah
- Tawaf
- Saei

Dua keperluan mengerjakan haji dalam kehidupan seorang muslim.
- Menghapuskan dosa-dosa kecil
- Membersihkan jiwa daripada maksiat
- Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
- Meningkatkan keimanan


Kelebihan bercukur

- Menghapuskan dosa
- Sebagai simbolik membersihkan diri
- Dapat membersihkan sifat tercela yang terdapat pada dirinya

Dua perkara yang boleh membawa kepada nusyuz:
- Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur
- Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab yang munasabah
- Melakukan kekasaran terhadap suami dari aspek perkataan /perbuatan
- Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah.

Dua kesan nusyuz  terhadap keluarga:
- Anak-anak akan hilang kasih sayang dari ibu bapa
- Anak-anak kurang hormat kepada ibu bapa
- Jiwa dan minda anak-anak tertekan.
- Hubungan antara kedua keluarga terputus.

Dua langkah yang mesti diambil oleh suami terhadap isteri yang nusyuz.
- Memberi nasihat dengan penuh hikmat,jika enggan
- Memisahkan tempat tidur,jika tidak Berjaya
- Pukul dengan tujuan mendidik

Maksud sewa ialah
- Suatu akad untuk memiliki manfaat atau faedah daripada barang atau harta tertentu dengan bayaran tertentu yang dipersetujui antara kedua belah pihak

dua hikmah sewa
- Memudahkan seorang memiliki barang yang diperlukan.
- Pemilik harta atau barang akan memperoleh hasil dari harta yang disewa.
- Dapat mengeratkan tali persaudaraan antara satu dengan yang lain.
- Menggalakkan golongan yang berada supaya prihatin dan memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
- Dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan cara yang lebih mudah dan dibantu dengan orang lain.
Proses menuntut fasakh di Mahkamah
- Isteri membuat tuntutan fasakh di Mahkamah
- Pihak Mahkamah akan menyiasat bukti dan alasan yang dikemukakan oleh isteri
- Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka

dua hikmat diharuskan fasakh
- Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan ikatan perkahwinan
- Mengelakkan kemudaratan yang ditanggung oleh suami atau isteri jika perkahwinan diteruskan
- Sebagai peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan
- hak-hak isteri dan keluarga
- Menyelamatkan akidah dan nilai-nilai baik isteri dan anak-anak ekoran suami yang murtad, fasik, dan mengabaikan perintah agama
- Jalan terbaik bagi perkembangan emosi dan mental anak-anak apabila mereka terjebak dengan masalah keluarga

dua kesan fasakh.
- Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempuh idah
- Mereka boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru
- Isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam tempuh idah
- Rumah tangga akan runtuh dan anak-anak akan kehilangan kasih sayang
- Kebajikan anak-anak terabai dan mereka mengalami gangguan emosi yang teruk

Perkara larangan semasa ihram haji
1. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki
2. Memakai sarung tangan bagi perempuan
3. Memakai minyak rambut
4. Memakai wangi-wangian
5. Menutup kepala bagi lelaki
6. Memotong rambut / mana-mana bulu
7. Memotong kuku

Dua hikmah diadakan larangan semasa ihram
1. Membuktikan manusia adalah sama sahaja di sisi Allah
2. Supaya seseorang itu lupa kepada perkara keduniaan
3. Supaya jemaah haji menghargai makhluk lain
4. Menguji keimanan dan kesabaran jemaah haji
5. Jemaah dapat menumpukan perhatian kepada ibadah
6. Melatih umat islam supaya berdisiplin

Implikasi terhadap jemaah melakuka larangan semasa ihram
1. Jemaah haji yang melakukan perkara di atas akan dikenakan dam.
2. Hukum haji bagi jemaah yang melakukan perkara larangan adalah sah.
3. Pahala ibadah haji akan berkurangan
4. Menimbulkan kesusahan kepada jemaah kerana perlu membayar dam
5. Menimbulkan perasaan resah kerana melanggar peraturan beribadah


Dua cara melaksanakan tanggungjawab terhadap anak yang baru lahir.
1. Azan dan iqamah di telingan bayi
2. Melakukan tahnik
3. Menamakan dengan nama yang baik
4. Mencukur rambut bayi
5. Memberi sedekah sekadar nilai emas / perak uang sama berat dengan timbangan rambutnya
6. Melakukan akikah/ menyembelih kambing / ternakan al-An’am.

Akibat yang akan berlaku sekiranya ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab pendidikan anak-anak dengan sempurna.
1. Anak-anak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat
2. Anak-anak mudah terpengaruh dengan budaya negatif
3. Anak-anak akan berakhlak buruk
4. Anak-anak akan hilang sifat menghormati antara satu sama lain
5. Anak akan lemah dari segi fizikal dan mental
6. Anak-anak akan lemah daya pemikiran

Waktu afdhal melakukan ibadah akikah:
- Hari ketujuh kelahiran bayi
Dua hikmah akikah kepada ibu bapa
1. Menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
2. Mengeratkan silaturrahim / kasih sayang antara keluarga bayi dengan jiran-jiran / masyarakat
3. Tanda bersyukur / gembira kepada Allah di atas kurniaan zuriat

Dua syarat sah akikah:
- Berniat akikah ketika sembelihan
- Menyembelih binatang ternakan yang halal
- Menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
- Menyembelih binatang ternakan yang cukup umur
- Memenuhi syarat sembelihan

Cadangan yang perlu dilakukan terhadap daging kambing:
- Sunat dimasak manis dan dibuat jamuan/ dibuat kenduri
- Sunat tidak mematah-matahkan tulang-tulang binatang akikah
- Tidak wajib diagihkan kepada fakir miskin
Maksud lian:
- Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri/ atau untuk menafikan nasab

Dua sebab yang boleh membawa kepada berlakunya lian:
- Suami menuduh isterinya berzina tanpa membawa 4 orangsaksi
- Suami menafikan nasab atau keturunan anaknya tanpasaksi yang cukup
- Untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman qazafkerana menuduh isteri berzina
- Untuk mengelakkan daripada dikenakan had zina bagi isteri,jika tidak menolak tuduhan.




Dua implikasi lian:
- Suami isteri terpisah selepas sumpahan lian
- Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-mananya.
- Suami yang membuat tuduhan,dilepaskan daripadahukuman qazaf
-    Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah lian.
- Anak yang dinafikan dalam sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
- Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya.

Tanggungjawab ibu semasa hamil:
- Meninggalkan perkara maksiat
- Menunaikan kewajipan agama
- Bersabar dan melazimi membaca al-Quran
- Menjaga pemakanan dengan mengambil yang seimbang dan dari sumber yang halal
- Banyak berehat untuk mengelak daripada berlaku tekanan perasaan.
- Membuat pemeriksaan kesihatan.

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak yang baru dilahirkan:
- Mengazankan dan mengiqamahkan di telinga bayi
- Mentahnik
- Menamakan dengan nama yang baik
- Mencukur rambut
- Memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak
- Melakukan akikah

Akibat yang akan berlaku jika ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan sempurna:
- Mewujudkan remaja yang bersikap negatif seperti memaki hamun,menipu
- Anak-anak tidak bermoral dan berakhlak kerana tiada bimbingan ibu bapa
- Anak-anak tidak mendapat kasih sayang secukupnya kerana kurang keprihatian daripada ibu bapa.
- Anak-anak terdorong kepada maksiatseperti berzina,pergaulan bebas.


Dua ciri wanita yang patut dikahwini mengikut saranan Rasulullah ialah
1. Beragama / wanita solehah / wanita taat perintah agama
2. berketurunan baik / mulia / ramai anak / sihat
***** dua ciri ini sahaja yang diterima





Dua kesan terhadap pasangan suami isteri yang tidak mengikuti saranan Rasulullah ini

Wanita beragama
1. Berlaku perceraian / rumah tangga porak peranda / tidak aman anak-anak tidak terdidik dengan asuhan agama / tidak dapat kasih sayang
2. Jiwa tidak tentaram
3. Terdedah kepada maksiat / zina / dosa
4. Mengbaiakan tanggungjawab terhadap di keluarga ibu bapa dan masyarakat

Keturunan baik
1. Tidak mendapat zuriat
2. Mudah mendapat penyakit
3. Maruah diri tercemar
4. Diandang hina oleh masyarakat
5. Terdedah kepada perceraian

Langkah ke arah keluarga bahagia ialah
1. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya rumahtangga diredai
2. Mengikuti ceramah “ membinan keluarga bahagia supaya wujud kasih saying / dapat memimpin keluarga mengikut ajaran Islam
3. Sentiasa menghubung silaturrahim di antara keluarga supaya hubungan dapat dieratkan
4. Memilih isteri yang taat beragama supaya mendapat keberkatan
5. Memimpin isteri supaya taat beragama

Maksud upah haji:
- melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain

Dua sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain
- meninggal dunia
- tidak mempunyai keupayaan fizikal/orang yang tidak ada harapan sembuh/ orang tua yang hilang upaya


Dua hikmah upah haji
- memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya  
- orang tua yang hilang upaya  dapat mengupah orang lain mengerjakan bagi pihaknya  
- memberi peluang kepada anak / berbakti kepada ibu bapa  

Dua Syarat diharuskan berpoligami
- tidak melebihi 4 isteri
- boleh berlaku adil
- mampu dari segi jasmani dan kewangan

Sebab Islam membenarkan lelaki berpoligami
- dapat menyambung zuriat bagi isteri yang mandul
- dapat membela anak yatim bagi yang kehilangan bapa
- dapat melindungi wanita yang kehilangan suami
- dapat mengelakkan diri daripada maksiat


Hikmah larangan membin dan membinti anak angkat kepada bapa angkat
- mengiktiraf keluarga bapa kandung
- memelihara hak anak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya
- menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan keluarga ankat terpelihara
- memelihara hak wali nikah



No comments:

Post a Comment