Saturday 26 January 2013

Zikirullah




Wahai hati bersabarlah…
Wahai jiwa janganlah engkau lengah…
Wahai diri janganlah engkau lupa…
bahwa ada ALLAH yang sentiasa menemani setiap langkah..


ALLAH tak pernah hampakan hambanya.
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya
yang sedang dalam kesusahan.
ALLAH tak akan pernah mengeluh
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya ALLAH sentiasa ada bersama kita..

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia...

Jika ada diantara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun,
ingatlah, ALLAH ada bersama kita.
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya.
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat.
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita,
jika tanpa izin dari ALLAH,
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita.
Bersabarlah~

renungkanlah;

Imam al-Tirmizi membahagikan hati kpd 6 kategori.

1.Hati yg hidup ialah hati yg penuh dgn iman
2.Hati yg mati ialah hati yg kufur kpd ALLAH
3.Hati yg sihat ialah hati yg taat pada ALLAH
4.Hati yg sakit ialah hati yg dipenuhi dgn maksiat
5.Hati yg terjaga ialah hati yg ingat ALLAH.
6.Hati yg tertidur ialah hati yg lalai


lalu hati kita dimana agaknya yer...
~Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Petua doa makbul


1-Berdoa dengan IKHLAS kepada ALLAH.

Persoalan ikhlas ini susah untuk kita ukur, yang penting, kita berdoa mesti bebas dari kepentingan-kepentingan lain. J

2-Mulakan dengan pujian kepada Allah diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w dan diakhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi juga.

Ustaz Muhadir setiap kali selesai ber'sms' dengan beliau, pasti beliau pesan agar memperbanyakkan selawat. Terutama dari hari Khamis selepas Maghrib sehingga Maghrib untuk hari Jumaatnya. Pasti besar barakahnya. J

3-Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah.

Biasanya kita bersungguh-sungguh berdoa bila kita mahukan sesuatu. Kalau hidup dah senang, nak tadah tangan lepas solat pun LIAT! Mesti yakin Allah akan memakbulkan doa, jika tidak didunia, pasti di akhirat kelak. Allah pasti tidak mensia-siakan hambaNya yang meminta.

4-Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.

Kalau kita minta kerja dengan angkuh pun, tak da siapa sudi beri kita kerja, ini pula doa. Untuk Allah pula tu. Maka, perlu rendahkan hati. DIA pencipta, sedangkan kita hanyalah HAMBA. J

5-Mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan.

Put ur hope high up the sky. Tak salah mengharap pada DIA, insya ALLAh DIA tidak memekakkan telinga daripada doa hamba-hambaNYA.

6-Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Tuhan.

Jangan mudah putus asa dan jangan sesekali merasakan TUhan tidak mendengar doa anda. Kadang-kadang lambat dimakbulkan, bukan maknanya DIA tidak mendengar, ketahuilah, DIA lebih tahu apa yang baek untuk hambaNYA.

7-Sentiasa berdoa setiap masa samada waktu senang atau susah.

Ramai manusia yang tunduk pada ALLAH hanya sewaktu mereka susah. Sedangkan ramai manusia yang lari jauh dari Tuhan bila mereka merasa senang. Jadilah hamba yang sentiasa syukur dalam susah, syukur dalam senang. J

8-Tidak berdoa tentang keburukan seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.

Kalaupun kita benci pada manusia, jangan doakan keburukan buatnya. Doakan moga ia mendapat hidayah dan taufiq dari Allah. Doa kebaekan, pasti tertempias jua kebaekan untuk kita. Insya Allah. Tidak sia-sia jika kita doakan kebaekan untuk orang lain.

9-Tidak berdoa pada tempat maksiat.

Jagalah kesucian doa. J

10-Merendahkan suara.

Makhruh berdoa dengan suara yang lantang melainkan dengan sebab musabbab tertentu. J

11-Mengulang Ya Rabb sebanyak 3x.

12-Menghadap kearah kiblat.

13-Berdoa dalam keadaan berwudhu'

Dalam keadaan suci, kita akan lebih dekat dengan Allah, dan pasti doa kita juga suci. J

14-Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.

Suka untuk saya berpesan, biasa-biasakanlah diri dengan solat taubat. Apabila hapus dosa-dosa kita, tentu tidak berat untuk kita mendapat kasih sayang dan rahmatNya.

15-Tidak bersajak dalam berdoa.

16-Menggunakan ayat-ayat yang ringkat tapi padat dengan makna (Al-Jami')

17-Menyeru Allah dengan nama-namaNYA yang mulia.

COntoh Ar-Rahman. Ar-Rahim. Sebutlah nama Allah yang ada dalam asma Al-Husna. Insya Allah, ada keberkatannya pada nama-namaNya yang mulia itu.

18-Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal.

Berhati-hati dalam memilih makanan terutama makanan yang syubhah. Mengelakkan syubhah adalah tindakan yang mulia.

19-Hendaklah melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Tugas sebagai khalifah dan kita tidak boleh lari daripada kewajipan melaksanakan dakwah. Mesti ada usaha dalam dakwah.

20-Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa untuk orang lain.

21-Menghimpunkan anak-anak jari semuanya melainkan ibu jari.

22- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.

23- Mengaminkan doa yang dibaca.

Wednesday 23 January 2013

Sambutan Maulidul Rasul 1434H SMK Saujana Indah





Sekitar sambutan Maulidurasul Peringkat SMK Sauajana Indah Tahun 1434H
Maulidur Rasul Bukan Setakat Mengadakan PERARAKAN

Muqaddimah

Rasulullah saw sebagai penghulu kepada semua Rasul alahimussolatu wassalam serta rasul untuk seluruh generasi akhir zaman ini datang dengan risalah Islam yang menyeluruh sebagai rahmat kepada sekalian alam. Kelahiran baginda saw menggembirakan seluruh alam dan risalah baginda saw membahagiakan semua manusia. Oleh itu, wajarlah kita memperingati kelahiran Baginda saw dengan mengambil Sunnah dan ajarannya sebagai Teras serta Dasar kehidupan.

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Ada beberapa riwayat berkenaan permulaan sambutan Maulidur Rasul ini iaitu:

a- Riwayat Pertama: Selepas Solahuddin al-Ayubi dan tenteranya berjaya merampas Masjid al-Aqsa dari Yahudi dalam peperangan al-Hittin. Disambut sebagai pengisian kemenangan agar tidak lalai dengan kejayaan dan kemenangan.

b- Riwayat Kedua: Ketika persiapan orang Islam menghadapi tentera Tartar (Monggol) di bawah pimpinan Sultan Mahmud Qutuz dan Zahir Bebers di Mesir sehingga berjaya di Ain Jalut dan ramai Tentera Tartar memeluk Islam.

Adapun semata-mata meraikan kelahiran Rasulullah saw, peristiwa ini turut diraikan dan dianjurkan oleh Abu Lahab, iaitu dengan memerdekakan hambanya dan menyembelih korba beberapa ekor untanya untuk menggambarkan kegembiraannya. Tetapi setelah diajak untuk bersama dengan Islam, Abu Lahab menolak bahkan menentang ajaran anak saudaranya sekeras-kerasnya.

Sambutan yang dilakukan adalah sepatutnya mengikut cara yang dilakukan oleh Solahuddin al-Ayubi dengan cara mengisi kemenangan atau melahirkan semangat untuk memperjuangkan dan beramal dengan Islam, bukan seperti cara Abu Lahab yang hanya meraikan kelahiran Nabi saw. Sambutan Maulidur Rasul boleh diadakan tetapi dengan cara yang tidak bercanggah dengan tatacara Islam dan boleh mendatangkan kecintaan kepada Rasulullah saw.

Tugas Kedatangan Rasulullah saw

Firman Allah taala di dalam Surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata."

Berdasarkan kepada ayat di atas, Rasulullah saw diutuskan adalah untuk:

a- Membacakan kepada manusia ayat-ayat Allah, iaitu mengajak atau berdakwah kepada Ketaqwaan, beribadat dan taat kepada Allah menurut apa yang diserukan oleh Rasul-Nya.

b- Membersihkan mereka, iaitu tazkiyah dan ta'dib. Membersihkan hati manusia dari karat-karat dosa dan maksiat serta mengumpulkan dalam hati mereka dengan akhlak yang mulia.

c- Mengajar manusia itu dengan Kitab, iaitu al-Quran al-Karim dan hikmah, iaitu Sunnah Nabi saw dengan mengutamakan pembangunan dari segi Ruhiyyah, Thaqafah dan Material.

Kecintaan Rasulullah saw Terhadap Umatnya

Firman Allah taala di dalam Surah at-Taubah ayat 128 yang bermaksud: "Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaum mu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin."

Dalam ayat di atas, Allah taala menerangkan bahawa kesemua sifat Rasulullah itu dengan mengaitkannya dengan orang yang dihadapkan percakapan iaitu kamu. Ini menandakan betapa perihatinnya Rasulullah saw kepada setiap saat kepada umatnya. Oleh itu umat Muhammad saw hendaklah membalas kecintaan kepada Baginda saw lebih dari segalanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga Allah dan RasulNya menjadi terlebih cinta kepadanya dari ibubapanya, anaknya dan semua manusia keseluruhannya."

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: "Tiga perkara yang akan mendatangkan kemanisan Iman: Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya..."

Antara tanda kecintaan kita kepada Baginda saw ialah:

a- Melaksanakan segala arahan Baginda saw
b- Cintakan Sunnah-sunnah saw
c- Memelihara nama dan maruah Baginda saw dari dicemari oleh orang-orang yang jahil
d- Bersolawat ke atas Baginda saw ketika disebut nama Baginda saw
e- Menziarahi Baginda saw ketika berada di Tanah Suci

Sifat Orang Yang Mencintai Rasulullah saw

Firman Allah taala di dalam Surah al-Fath, ayat 29 yang bermaksud: "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya. Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar."

Sifat-sifat itu ialah:

a- Kuat dan hebat serta tegas di mata orang bukan Islam
b- Lemah-lembut dan penyayang di kalangan saudara Islam
c- Senantiasa ruku' dan sujud mencari keredhaan Allah taala
d- Senantiasa beramal dan bekerja keras untuk mencari kurniaan Allah
e- Tanda sujud kelihatan di wajah mereka.

Tugas Kita Selepas Baginda saw

a- Tetap beristiqamah atas jalan yang Baginda saw tunjukkan kepada kita dan tidak belok dari jalan itu. Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

b- Menjadikan Baginda saw sebagai role model dalam setiap aspek kehidupan kita seharian. Firman Allah taala di dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Rasulullah saw adalah contoh kepada setiap bapa, ketua keluarga, suami, para hakim, para muhasib, para pendakwah, pemimpin tentera, masyarakat dan negara, yang merupakan contoh untuk setiap kategori dari Rasulullah saw.

Kesimpulan

Memperingati Maulidur Rasul bukan setakat dengan meraikan dan menganjurkan pelbagai majlis perarakan dan berzanji, baik di peringkat Kerajaan, Jabatan, Sekolah, Masjid dan Surau serta di rumah yang tertentu.

Sesungguhnya memperingati Maulidur Rasul lebih beerti jika kita semua kembali kepada hidayah dan panduan yang dibawa oleh Baginda saw secara keseluruhannya. Gunakanlah kesempatan dan peluang sempena hari kebesaran Islam ini sebaik mungkin untuk menyedarkan masyarakat kepada Islam yang sebenar dari Rasulullah saw.

Wednesday 16 January 2013

‘Frust’ Dalam Bercinta

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,”sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.
Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.
Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah;
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.
Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.” Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi(merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yangfrust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.
Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.
Allah ganti yang lebih baik.
Tak sangka, kami akan serasi begini.
Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya.
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.
Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust‘ berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.
Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.
Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer‘  atau ‘repeat‘ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.
Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.
Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frustdalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.
Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja ‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.
Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.”Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.
Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.
Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?
Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. 
Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.
Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.
Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “Jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.
Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.
Fahamilah hakikat ini.
Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini: “Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!

Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Wanita

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita : 1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim). 2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim) 3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung. 4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). 5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi) 6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan). 7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. 10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. 11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya. 12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. 13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil). 14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya. Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW…. wallahu taa’la a’la waa’lam..

Saturday 12 January 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

1.    MATLAMAT
Membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam pelbagai bidang.

2.    OBJEKTIF
    Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa.
    Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semangat kepimpinan.
    Menyedari tentang potensi diri dan kebolehan serta memupuk pelbagai kemahiran sebagai pemimpin.

3.    KUMPULAN SASARAN
Kumpulan pelajar yang menjadi sasaran untuk program ini adalah terdiri dari 89 orang Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah Sesi 2013.


4.    TARIKH PELAKSANAAN
Program ini akan dijalankan pada 12 Januari 2013 (Sabtu).

5.    TEMPAT
Program ini akan dijalankan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah.

Selamat tahun baru 2013

Selamat tahun baru 2013.Hari ini masing-masing melangkah ke tahun baru dengan penuh bergaya disertai azam baru yang berkobar-kobar.Kedatangan tahun baru dan permulaan sesi persekolahan di Kelantan kali ni sedikit kurang selesa kerana hujan lebat di beberapa kawasan.Malah ada sesetengah tempat sudah dinaiki air.
Bagi pelajar sekolah,tentunya menyimpan azam untuk terus cemerlang.Begitu juga dengan harapan setiap ibu bapa.Sungguh sibuk ibu bapa menguruskan persekolahan anak-anak,terutamanya bagi mereka yang anak-anak mula bersekolah.Macam-macam ragam.
Guru-guru juga macam biasalah sibuk....memandangkan hari pertama persekolahan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sudah bermula.Tak menjadi masalah kerana persediaan sudah dibuat seawal cuti sekolah lagi.Ada yang tak sabar-sabar nak masuk kelas untuk mengajar.
Selamat tahun baru dan berazam baru.