Monday 30 September 2013

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2013 BUAT SEMUA PELAJAR PMR SMK SAUJANA INDAH.NT


Hari ini ( Rabu : 2 .10.2013  )
Peperiksaan PMR 2013 bermula.
Selamat maju jaya kepada semua.
Terus berjuang hingga titisan terakhir,

Friday 27 September 2013

Doa Peperiksaan : Untuk Mengelakkan Lupa

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW yang diingati selalu.

Kali ini mahu berkongsi doa buat ibu bapa dan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan di penghujung setiap tahun. Doa tersebut ialah doa untuk mengelakkan lupa. Pada awalnya Ustaz terjumpa doa ini di buku 101 doa yang di tulis oleh Dr. Hj. Zahazan Muhamed. Kali ini pula bersumberkan daripada Majalah GenQ.

Mari kita hafaz berulang kali dan bolehlah diamalkan dalam kehidupan seharian...bila sudah hafaz berdoalah selalu terutama di waktu mustajab doa. Hati tenang malah terasa hampir dengan Allah SWT...

Subhanallah Alhamdulillah. Allahu Akbar..kami pohon keampunan dari Mu.. 

Update Lagi: Skor PMR Ihsan dari KP SMKP Ustaz Zulhilmi

Update Lagi: Skor PMR

Ihsan dari KP SMKP Ustaz Zulhilmi
ASSALAMUALAIKUM
TAJUK-TAJUK PMR YANG YANG KELUAR DARI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR NEGERI JOHOR, SELANGOR, PAHANG DAN SBP..
( Ihsan dari Ustaz Karimi ..GC PI dari daerah kota tinggi )
tilawah:
1. sabar mnghadapi ujian Allh (jhr, SBP)
2. Berpegang teguh dgn agama Allh (sel & jhr)
3. keagungan & kekuasaan Allh (jhr & phg)
4. menyakini hari kbangkitan ( jhr & sel)
5. kewajipan solat jumaat ( johor & SBP)
adab:
1. adb brguru
2. adb brgaul dgn kluarga
3. wawasan bribadt
4.adab bekerja (jhr, sel, phg & SBP)
Hafazan:
1. ali imran : 26
2. al jumaah : 9 @ 11
3. al bQarah : 201
4. al a' raf : 23
akidah;
1. asas akidah islm
2. ar rahman & ar rahim
3. al hisab, al mizan & as sirat
4. beriman kpd qadak qadar
sirah;
1. rwyt hidup rasulullh
2. strategi perjuangn rasulullh
3. prjanjian hudaibiyyh
4. fathu mekah
5. fatimah, khadjh & sumaiyh
ibadat:
1. tayammum, mndi &samak
2. solat rawatib & tahiyatul msjid
3. solat ketika sakit (jhr, sel & phg)
4. solat aidilfitri & adha
hadis:
1. sedekah (jhr, sel & SBP)
2. AMAln mukmin cmrlang ( jhr, sel & SBP)
3. AL quran & hadis pnduan hidup (jhr & phg)
ni dr s/u panitia daerah jb

Thursday 19 September 2013

Latih Tubi Pendidikan Islam SPM 2013 KERTAS 1

BAHAGIAN A

[40 markah]

Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga Soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan  jawapan yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1
·         Takbur
·         Riya’
·         Ujub


Perbuatan di atas merujuk kepada


A
syirik khafi

B
syirik jali

C
kufur nikmat

D
kufur hakikat  



2
Pernyataan berikut yang manakah merosakkan iman


I
mempercayai kewujudan Allah SWT

II
mempercayai perkara khurafat

III
menolak kewujudan alam barzakh

IV
mempercayai kewujudan malaikat




A
I  dan  II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV


3
Antara berikut adalah martabat iman seseorang muslim




A
bertambah sahaja

B
berkurang sahaja

C
boleh bertambah atau berkurang

D
tidak bertambah dan tidak berkurang



4
Jemaah haji Malaysia berniat ihram di miqat haji berdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Pilih padanan miqat haji yang betul.

A
Penerbangan terus ke Jeddah – Miqat Yalamlam

B
Penerbangan terus ke Madinah – Miqat Qarnul Manazil

C
Penerbangan terus ke Jeddah – Miqat Bir Ali

D
Penerbangan terus ke Madinah – Miqat Zulhulaifah



5
Berikut adalah rukun syarikat kecuali




A
ahli syarikat

B
kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

C
modal yang meliputi barang atau kepakaran

D
lafaz akad

6
·         Mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu perkara
·         Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya Ismail

Pernyataan di atas menerangkan tentang hikmah

A
wukuf

B
tawaf

C
saie

D
bercukur



7
Maksud peminangan ialah




A
lamaran daripada seorang ayah kepada seorang anak

B
persetujuan daripada seorang perempuan kepada seorang lelaki untuk berkahwin

C
lamaran daripada seorang lelaki kepada perempuan untuk dijadikan isteri

D
persetujuan antara lelaki dan perempuan untuk berkahwin

8
Berikut ialah hikmah khuluk  kecuali




A
memberi penghormatan kepada isteri

B
menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak

C
mengelakkan kemungkinan berlakunya nusyuz di pihak isteri

D
mengelakkan sifat ego suami yang suka menyalahgunakan kuasa



9
Berikut adalah akibat nusyuz terhadap isteri  kecuali




A
dimurkai Allah SWT

B
hilang hak penjagaan anak

C
hilang hak-hak nafkah daripada suami

D
hilang giliran bermalam bersama suami jika bermadu




10

  • Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali
 





Pernyataan di atas merujuk kepada wali



A
mujbir

B
nasab

C
hakim

D
ghair mujbir

11
Antara  hikmah mengamalkan  amar makruf nahi mungkar adalah seperti berikut kecuali



A
menegakkan syariat Islam dalam kalangan masyarakat

B
menjamin keselamatan harta benda dan kemudahan awam

C
memupuk sifat sabar dan tabah menghadapi sebarang cabaran

D
dapat membendung gejala sosial dalam masyarakat



12
Perbuatan yang boleh dilakukan untuk menjaga nama baik negara ialah



A
mengadakan konsert

B
membangunkan negara mengikut acuan barat

C
membuat ciptaan baru yang berfaedah untuk rakyat

D
memberi bantuan senjata kepada negara yang bertelagah



13
Antara kesan positif adab bernegara ialah



A
negara bertambah maju

B
nama negara akan tercemar di mata dunia

C
ekonomi negara akan menghadapi penurunan

D
negara mudah diancam oleh musuh



14
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ͐öDF{$# óOä3ZÏB (
(سورة النساء: 59)

Maksud perkataan ulil amri  (  ÍöDF{$#Í<'ré& ) ódalam ayat di atas ialah

A
pemimpin

B
penjaga

C
ibu bapa

D
guru-guru







15
Ciri-ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah


I
golongan yang beriman

II
pemerintahan berdasarkan warisan

III
khalifah mempunyai hak keistimewaan mutlak

IV
mengutamakan majlis syura dalam membuat keputusan




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
II dan IV



16
Berikut adalah kesan perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah kepada bangsa Eropah kecuali




A
kota Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.

B
perkembangan ilmu akli menjadi keutamaan berbanding ilmu naqli.

C
terdapat sebuah perpustakaan besar yang menjadi tempat rujukan para sarjana.

D
ramai pelajar dari Eropah datang belajar di Andalus



17
Berikut adalah ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah ketika hidup kecuali




A
pernah dipenjara dan disebat 100 kali  

B
dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad 

C
dibuang ke dalam perigi beracun hingga meninggal dunia

D
dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis surat rasmi kerajaan Umaiyah



18
Pilih pernyataan yang benar tentang jasa Imam Abu Hanifah r.a. kepada tamadun
Islam




I
Banyak masanya digunakan untuk mengajar di masjid

II
Banyak masanya dihabiskan dengan merantau mencari ilmu

III
Seorang yang amat teliti dalam menyelesaikan masalah fekah

IV
Berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fekah




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





19
Sheikh Tahir Jalaluddin digelar al-Falaki kerana berjaya




A
memetakan kedudukan bintang

B
mencipta kalendar  bintang

C
menguasai ilmu falak

D
menjadi ahli falak


20
Cara rakyat menegur pemimpin ialah




A
menulis surat layang

B
menyebut keburukan mereka dalam rapat umum

C
membuat kenyataan terbuka melalui media massa

D
mengemukakan teguran atau pandangan melalui wakil rakyat





Soalan 21 hingga Soalan 40

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21
Orang yang melakukan perbuatan kufur digelar sebagai ……………………….


22
Pertambahan yang diperoleh kerana menangguhkan tempoh bayaran dikenali sebagai riba  ………………… 


23
Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,……………. dan af ‘alnya.


24
.…………… ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT.


25

  • Mengelak penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin
  • Mengelak daripada sikap malas dan suka meminta
 



Pernyataan di atas menjelaskan tentang ………………….


26
Dua anggota badan yang boleh dilihat oleh bakal suami semasa peminangan ialah muka dan …………………..


27
Khidmat nasihat bagi menyelesaikan masalah suami isteri merupakan satu daripada peranan……………………..


28
Hukum menziarahi makam Rasulullah SAW adalah ....................


29
Segala polisi dan projek yang dilakukan oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada ­­­­­­­­­­­­­­­­ ……………………...


30
Anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian…………………………sebelum usianya cukup umur.


31

  • Seorang pembesar Quraisy berketurunan Bani Umaiyah
  • Hasil tinjauan terhadap orang ramai dan para sahabat, Abdul Rahman bin Auf telah mengisytiharkan beliau sebagai khalifah
  • Dibunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran
 





Tokoh di atas ialah ……………………….


32

“Para sarjana Islam berjuang untuk membersihkan umat Islam daripada ideologi yang menyeleweng seperti Muktazilah dan falsafah Yunani kuno”
 



Pernyataan di atas adalah kesan penyebaran Islam zaman Abasiyah dari aspek ……………….


33

  • Bebas daripada unsur spekulasi
  • Tidak dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau bank konvensional
 



Pernyataan di atas merujuk kepada ……………………….


34
Tidak mematahkan tulang binatang akikah dan melakukan akikah pada hari ketujuh kelahiran merupakan antara ………………….. akikah.


35
.................... yang konsisten dapat meningkatkan keimanan seseorang.


36
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh dari jasad sendiri ialah ……………….


37
Talak  yang menyalahi peraturan syarak iaitu suami menceraikan isterinya ketika haid dikenali sebagai ………………..


38
Selain al-Quran dan Sunnah, sumber hokum Mazhab Hanafi ialah qias, ijmak dan …………………


39
Hukum menceraikan isteri yang baik ialah ………………..


40
Menghubungkan silaturrahim antara keluarga suami dan  isteri merupakan tanggungjawab ………………………….











Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan: Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikut.

1
(a)
(i)
Nyatakan dua jenis kufur                                                                 [2 markah]






(ii)
Jelaskan dua sebab Islam melarang perbuatan kufur                       [4 markah]




(b)
Antara bahagian syirik ialah syirik khafi dan syirik jali.


(i)
Apakah maksud syirik jali                                                            [2 markah]






(ii)
Nyatakan dua contoh perbuatan syirik jali                                   [2 markah]





(c)
Ajaran Ahli Sunnah Waljamaah adalah berteraskan kepada al-Quran dan al- Hadis.


(i)
Siapakah yang memasyhurkan nama Ahli Sunnah Waljamaah?      [2 markah]






(ii)
Jelaskan dua usaha untuk memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
                                                                                                          [4 markah]
               





(iii)
Terangkan dua akibat menolak pegangan Ahli Sunnah Waljamaah kepada umat Islam.                                                                                       [4 markah]



2
(a)
Salah satu daripada cara mengerjakan haji ialah dengan melakukan haji qiran.


(i)
Nyatakan maksud haji qiran.                                                            [2 markah]






(ii)
Jelaskan dua kelebihan mengerjakan haji secara qiran.                [4 markah]





(b)
(i)
Mengapakah wanita perlu diiringi oleh suami atau mahramnya ketika menunaikan haji?                                                                              [2 markah]






(ii)
En. Ahmad telah tiba di Mina pada 10 Zulhijjah. Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah beliau telah keluar meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina.
Apakah hukum ibadat hajinya?                                                        [2 markah]




(c)
(i)
Apakah maksud wali?                                                                  [2 markah]






(ii)
Jelaskan  situasi kuasa wali nasab berpindah kepada wali hakim.                                                 
                                                                                                        [2 markah]





(d)
(i)
Jelaskan  sebab mengapa dua orang saksi diperlukan dalam majlis pernikahan.                                                                                   [2 markah]                                       






(ii)
Jelaskan dua syarat ijab dalam perkahwinan                                    [4 markah]








3

Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah yang hebat semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.





(a)
Jelaskan dua sikap yang perlu ada pada pemimpin hari ini dalam mencontohi beliau.                                                                                                         [4 markah]





(b)
Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh beliau dalam pentadbiran.   
                                                                                                                    [2 markah]





(c)
(i)
Namakan kitab karya Imam As-Syafie yang masyhur.                    [2 markah]






(ii)
Jelaskan dua keperibadian Sheikh Muhammad Abduh.                  [4 markah]




(d)
Pembakaran secara terbuka akan mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar.


(i)
Nyatakan dua sebab perbuatan tersebut masih dilakukan.            [4 markah]






(ii)
Jelaskan dua tindakan anda apabila melihat seseorang melakukan perbuatan tersebut.                                                                                             [4 markah]




4

(a)
(i)
Jelaskan dua pembaharuan  yang  telah dilakukan dalam bidang ketenteraan.
                                                                                                          [4 markah]






(ii)
Namakan dua jenis senjata yang sering digunakan ketika itu.        [2 markah]





(b)
Imam Ahmad bin Hanbal ialah pengasas Mazhab Hanbali






(i)
Nyatakan karya beliau yang terkenal dalam bidang ilmu hadis.      [2 markah]                                                                        






(ii)
Jelaskan dua sumbangan Imam Ahmad kepada keilmuan Islam     [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT