Monday 14 July 2014

Petua Mengesan Jin Di Dalam Tubuh Kita


Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah. Rasulullah saw pernah bersabda: yang bermaksud


 "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia"

Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak.

Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita adalah :

Pegang pada nadi sebelah kiri kemudian baca doa ini :


  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
  • Selawat Keatas Nabi 3x
  • Surah Al-Fatihah 1x
  • Ayat Kursi 3x
  • Zikir Lailahaillallah 100 x.

Sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti yang dinyatakan dibawah . Ia adalah petanda tubuh anda dihuni jin. Segeralah mendapat rawatan islam yang berhampiran.


  • Bergetar/mengigil
  • Panas
  • Pening.
  • Muntah
  • Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
  • Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

Saturday 5 July 2014

Sekitar Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat SMK Saujana Indah 2014











9 NAMA IBLIS YANG SELALU MENGEKORI KITA

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun

Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, klub malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah

Merusakkan dan melalaikan allah dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour .


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari