Sunday 31 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57


Di kesempatan ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana Indah , Nibong Tebal, ingin  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Bersatulah kita mempertahankan tanahair kita sendiri dari anasir-anasir luar yang cuba memporak perandakan kestabilan negara kita. Disini lahirnya sebuah cinta… Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday 24 August 2014

Petua Penawar Sakit Hati.


Semua pernah rasa sakit hati kan ? tapi kadang kadang bahayanya , sakit hati ini akan menimbulkan syak wasangka..dan salah faham..
kalau layan emosi sakit hati tu lebih lebih..semuanya tak kena..
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?


Jom amalkan beberapa petua penawar sakit hati :)
Antara petua-petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.

Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki|

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang

Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).


5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini yang tidak benar.

Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi.

Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.



Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
pegang kata-kata ini..

"Bukan aku je disakiti, aku juga pernah menyakiti, tidak ada seorang pun yang ingin melakukan salah, begitu juga aku"

Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya,
Hati kita menjadi tenang,
Jika disakiti bererti anda sedang teraniaya.
Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji oleh Allah.

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan..
ingat !

"orang yang memohon maaf bukan bererti dia salah 
tapi dia kuat 
untuk tunjuk kepada dunia 

bahawa kemaafan itu indah"

Sunday 10 August 2014

Peperiksaan Percubaan PT3 2014 ... Semoga Anda Berjaya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Saujana Indah, NibongTebal, Peperiksaan Percubaan PT3 2014 ( bertulis ) akan bermula pada 11 Ogos  2014.  Semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya.  Walaupun baru habis menjalani ibadat  berpuasa jangan jadikan sebagai alasan untuk kurang bersedia kerana lapar dan dahaga kerana ingatlah bahawa orang-orang terdahulu berjuang menegakkan agama di bulan Ramadhan yang penuh berkah itu 

 Bersungguh-sungguhlah dari sekarang sebelum dihimpit masa yang sempit menjelang masa peperiksaan sebenar. Persiapan awal amat diperlukan untuk mencapai kejayaan yang sempurna.

Kami warga Panitia Pendidkan Islam SMK Saujana Indah mengharapkan yang terbaik dan kejayaan untuk anda semua. Begitu pihak sekolah mendoakan semoga anda berjaya membuktikan bahawa anda  boleh cemerlang, selamat berjuang wahai anak didikku. Insya Allah
.. اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الإمتحان يا الله 

Monday 4 August 2014

Hanya Ingin Mengingatkan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya.....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat: 
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saturday 2 August 2014

TAJUK FOKUS PENDIDIKAN ISLAM 1 1223/1 SPM 2014

BAB
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5

AKIDAH

A.PERKARA MEMBATALKAN IMAN
(MAKSUD SEMUA PBI)

B. DOSA BESAR
1.DERHAKA KPD.IBU BAPA
2.MENGUMPAT
3.MEMFITNAH
4.QAZAF
5.LARI DARI MEDAN PERANG.
6.MENCURI/MEROMPAK
7.ZINA/LIWAT/MUSAHAQAH

A.AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

AJARAN SESAT
-SYIAH (TASLIM/QADIANI/BAHAI)


IBADAH

SAIE
WUKUF
DAM
LARANGAN IHRAM
CARA MENGERJAKAN HAJI
KORBAN
AKIKAH
GADAIAN
SYARIKAT
SEWA


1.RUKUN NIKAH
-WALI (SUSUNAN/WALI MUJBIR)
-SAKSI
2.TALAK
3.RUJUK
4.PEREMPUAN HARAM DIKAHWINI
5.MAHAR
6.FASAKH
7.HADHANAH


TAMADUN

KHULAFA’ AR RASYIDIN
-(GELARAN 4 KHALIFAH)
-CARA PERLANTIKAN
-SUMBANGAN

UMAIYAH
-PENDIDIKAN
-EKONOMI
-PERKEMBANGAN ISLAM

ZAMAN ABBASIAH
-PENDIDIKAN
-EKONOMI
-PERKEMBANGAN ISLAM

TOKOH

IMAM GHAZALI
AHMAD HANBAL
IMAM MALIK
(Riwayat Hidup)
/Sifat Peribadi/Jasa & sumbangan)


IBNU KHALDUN
SYED JAMALUDIN AL AFGHANI
SHEIKH TAHIR JALALUDIN



ADAB
-ADAB MENJAGA ORG SAKIT
-ADAB REKREASI
-ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
-ADAB DENGAN RASULULLAH SAW

-ADAB BERMUSAFIR
-ADAB MEMELIHARA ALAM
-ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH DAN SEDEKAH

Sebutan AMIN Yang Betul


Sebutan “AMIN” yang betul ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah :

AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI. 



Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah:


1. AMIN -  (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram.


2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan.


3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya.


4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.



“Bila Nabi 
shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)



Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)

Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun sembahyang. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.