Tuesday 20 November 2012

Doa Minta Dibalakan Orang Zalim?

Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan.

Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya

Azman, Klang.

Jawapan Dr MAZA:

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).
4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).
5. Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.
Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.
Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.
berdoa.jpg
6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.
Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.
Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.
Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010.

Friday 16 November 2012

10 pengajaran daripada peristiwa Hijrah


1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)
Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.
Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.
2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!”
Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak mungkin Negara Islam akan tertegak.
3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Kisra ke atas umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang).
4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.
Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk menghadapi syaitan sehingga dia (syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke arah kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan kepada kita melalui petunjuk sirahnya.
5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka, penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap keperitan dan pengorbanan mereka.
Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh dengan halangan dan kepenatan.
6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu. Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat, ganjaran dan pahala yang tak terkira.
7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha, pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.
8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.
Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000 dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).
10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita, menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan orang yang paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang rakyatnya”

Salam Maal Hijrah Tahun 1434H  kepada seluruh semua warga SMK Saujana Indah. Semoga bermulanya tahun baru ini juga menjadi titik permulaan bagi diri kita dengan azam baru untuk menjadi insan yang lebih berguna kepada agama dan negara

Thursday 18 October 2012

CARA MENGINGATI FAKTA/ISI PENTING SESUATU TAJUK


1.            Baca tajuk sekurang-kurangnya dua kali
2.            Fahami perkara/isi yang hendak disampaikan
3.             Ambil kertas kajang(sama dilipat menjadi kecil atau ambil  kertas kosong)
4.             Tuliskan isi-isi penting pada muka pertama.
5.            Baca semula isi-isi penting yang telah ditulis dan fahami
6.             Sebaik-baiknya gunakan ayat sendiri.
7.            Ulang membaca apa yang anda tulis sebanyak dua kali.
8.            Tulis semula isi-isi penting tersebut dengan tulisan yang cantik dan kemas ( sebaik-baiknya dalam bentuk kad atau kertas kajang yang boleh dibawa kemana-mana)
9.             Jika anda lupa, boleh lihat buku rujukan utama.
10.          Anda tidak perlu menghafalnya, yang penting ulangi membaca nota kad tadi pada tempat dan masa berikut:
·                     Ketika menungggu bas.
·                     Ketika guru tiada dalam kelas
·                     Sebelum tidur
·                     Selepas makan
·                     Selepas solat
·                     Semasa di kantin
·                     Sebelum sesi persekolahan bermula
·                     Selepas sesi persekolahan berakhir
·                     Di dalam bas
11.          Anda juga boleh menggunakan kad atau nota tersebut sebagai bahan untuk bersoaljawab dengan rakan-rakan.
12.          Tetapkan suatu masa dalam sehari (di sekolah), sekurang-kurangnya 5-10 minit sebagai sesi kuiz anda bersama rakan-rakan (syudy group) yang tidak melebihi 5 -6 orang.
13.           Masa tersebut boleh dijadualkan secara tetap. Sesi 10 minit ini sangat penting untuk anda mengukuhkan ingatan anda terhadap isi pelajaran.
14.          Sebaik-baiknya sebelum bermula waktu persekolahan ( sebelum waktu pertama) atau semasa rehat. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk makan, 10 minit sudah memadai.
15.          Sesi ini boleh dijalankan di kantin ketika menikmati hidangan atau di pondok rehat .

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 17 October 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012



Selamat menghadapi peperiksaan SPM. Hadapi perjuangan anda dengan tabah, tenang dan penuh keyakinan.  Segala usaha telah dilakukan dan akhirnya usaha yang paling penting ialah doa kita kepada Allah.  Ingatlah, wahai pelajar SPM, apapun yang anda lakukan semuanya adalah dalam perhitungan Allah.  Bersihkan hati, sucikan jiwa.  Jangan lupa bahawa kita semua adalah hamba Allah.



PARA GURU DAN SELURUH WARGA SMK SAUAJANA INDAH  SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN BUAT ANDA SEMUA.  AMIN. 





13 Tanda Kiamat



Tanda-tanda qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari).

PERINGATAN: Sila sedia kan tisu sebelum terus membaca,kerana kisah ini mungkin akan membuat kan air mata anda mengalir sepanjang membaca kisah ini.

Sayangilah ibu anda semua . . =))

orang kata aku lahir dari perut mak . . .

(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak


bila lapar,yang suapkan aku...mak


bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak


kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak


bila bangun tidur,aku cari...mak


bila nangis,orang pertama yang datang...mak


bila nak bermanja,aku dekati...mak


bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak


bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak


bila nakal,yang memarahi aku...mak


bila merajuk,yang memujukku cuma...mak


bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak


bila takut,yang tenangkan aku...mak


bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak


aku selalu teringatkan...mak


bila sedih,aku mesti talipon...mak


bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak


bila bengang,aku suka luah pada...mak


bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"


bila sakit,orang paling risau adalah...mak


bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak


bila buat hal,yang marah aku dulu...mak


bila ada masalah,yang paling risau...mak


yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak


yang selalu masak makanan kegemaranku...mak


yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak


yang selalu berleter kat aku...mak


yang selalu puji aku...mak


yang selalu nasihat aku...mak


bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak


♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥



bila seronok,aku cari...pasanganku


bila sedih,aku cari....mak


bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku


bila gagal,aku ceritakan pada...mak


bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku


bila berduka,aku peluk erat...emakku


bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku


bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak


bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah


bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"


selalu..aku ingat pasanganku


selalu..mak ingat kat aku


bila-bila..aku akan talipon pasanganku


entah bila..aku nak talipon mak


selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?


mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".


Berderai air mata jika kita mendengarnya..........


Tapi kalau mak sudah tiada..... .....


MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......


berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan

malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00


2) Tolong jaga adik : RM4..00


3) Tolong buang sampah : RM1.00


4) Tolong kemas bilik : RM2.00


5) Tolong siram bunga : RM3.00


6) Tolong sapu sampah : RM3.00


Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu

berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Untuk pelajar SPM boleh lah tengok tengok laman ni untuk membantu pelajar dalam spm 2012



http://ependidikanislam.blogspot.com 


Monday 15 October 2012

Kumpulan Doa









TAJUK-TAJUK SPOT PENDIDIKAN ISLAM SPM 2012


KERTAS 1 (1223/1):
BAHAGIAN
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5





AKIDAH
ü Khurafat
ü Sihir
ü Nifak
ü Makan harta anak yatim
ü Riba
ü Mencuri & merompak
ü Lari dari medan perang
ü Menipu & berbohong
ü Minum arak
ü Menuduh zina (qazaf)
ü Musahaqah (lesbian)
ü Bunuh diri

ü Iman mutiara hidup
ü Syiah Imamiah
ü Syiah Zaidiah
ü Syiah Batiniah
ü Khawarij
ü Qadiani
ü Baha’i
ü Taslim







IBADAT
ü Upah haji
ü Rukun Haji & Umrah
ü Wahib haji & umrah
ü Haji Tamattuk
ü Haji Qiran
ü Jenis-jenis Dam
ü Larangan semasa ihram
ü Sembelihan
ü Akikah
ü Jual beli
ü Sewa
ü Hutang
ü Insuran
ü Saham

ü Rukun nikah & syarat2
ü Merisik & meminang
ü Tanggungjawab suami isteri
ü Talak
ü Iddah
ü Nusyuz
ü Khuluk/ Tebus talak
ü Lia’an
ü Hukum & alas an
ü Kemahiran Keibubapaan
ü Anak angkat
ü Undang2 Keluarga Islam
ü Anak Amanah Allah (Hadhonah)





TAMADUN ISLAM
ü Saidina Othman bin Affan
ü Saidina Ali bin Abi Talib
ü Dasar Pentadbiran Khulafa’ ar-Rasyidin
ü Perkembangan ekonomi zaman Umaiyah
ü Faktor kejatuhan Kerajaan Umaiyah
ü Kegemilangan pemerintahan Umar Abdul Aziz

ü Sejarah penubuhan Kerajaan Abbasiah
ü Perkembangan ketenteraan Zaman Abbasiah
ü Perkembangan Sains & Teknologi Zaman Abbasiah
ü Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah

TOKOH
ü Imam Ahmad bin Hanbal
ü Imam Bukhari
ü Imam Ghazali
ü Jamaludin al-Afghani
ü Hamka


ADAB/AKHLAK
ü Akal cahaya Hidup
ü Adab Amal makruf nahi Munkar
ü Adab berrekreasi
ü Zikir pengubat hati
ü Adab musafir
ü Adab berjihad
ü Adab memberi dan menerima hadiah
ü Adab berjual beli



KERTAS 2 (1223/2):
BAHAGIAN
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5



TILAWAH KEFAHAMAN
ü Manusia Perlu Bersyukur
ü Rasul Penyampai Wahyu
ü Akidah Teras kehidupan
ü Ciri-ciri Mukmin Berjaya

ü Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam
ü Nabi Muhammad Utusan Allah
ü Batas-batas Pergaulan
ü Hidayah Allah
ü Kemuliaan al-Quran


HADIS
ü Makanan Yang Baik
ü Perpaduan Teras Kemajuan

ü Kehidupan Di dunia Ibarat perantau
ü Orang Beriman Kekasih Allah


TILAWAH HAFAZAN

ü Surah al-Mukminun : 1-8
ü Surah Luqman: 12-17

ü Surah al-Nur: 35
ü Surah al-hasyr: 21-24









HUKUM TAJWID

HUKUM NUN MATI/TANWIN
Ø Iqlab
Ø Idgham Bila ghunnah
Ø Idgham Maal ghunnah
Ø Izhar halqi
Ø Ikhfa’ Hakiki


HUKUM QALQALAH
Ø Qalqalah sughra
Ø Qalqalah kubra

HUKUM RA’
Ø Ra’ Tafkhim (nipis)
Ø Ra’ Tarqiq (tebal)

HUKUM MAD
Ø Mad Wajib Muttasil
Ø Mad Jaiz Munfasil
Ø Mad Silah Qasirah
Ø Mad Silah Tawilah
Ø Mad Aridh Li Sukun
Ø Mad Asli

HUKUM ALIF LAM
Ø Alif Lam Qamariah
Ø Alif Lam Syamsiah

TANDA WAQAF
Ø Waqaf Kafi
Ø Waqaf Jaiz/qabih
Ø Waqaf Lazim
Ø Waqaf Hasan




USAHA, DOA DAN TAWAKKAL…
SEMOGA BERJAYA MENDAPAT A+