Monday 30 April 2012

Bahan Seminar PMR Pendidikan Islam 2012

Khusus Buat pelajar PMR Pendidikan Islam : SMK Saujana Indah

45/1 KERTAS 1 ( PENDIDIKAN ISLAM)

PENGENALAN

Nombor Kod dan Nama subjek ;

45 - Pendidikan Islam
45/1 – Kertas 1 ( Bertulis)
* Bahagian A : 1 &2(Pilihan/20m)
* Bahagian B : 3,4,5,6. (80m)
Masa Menjawab: DUA JAM ( 2 JAM )

45/2 – Kertas 2 ( Kerja Kursus )
* Bahagian Tilawah/Hafazan (30%m)
* Bahagian Akhlak (20%m)
Masa Ujian: Mula dari Bulan Februari

PAFA (WAJIB LULUS)

Jumlah Markah Penuh:100% (99%).

• Pendidikan Islam merupakan subjek wajib dan mesti diambil oleh setiap pelajar beragama Islam. Subjek Pendidikan Islam mempunyai beberapa bahagian yang mesti diberi penekanan dan perhatian.
• Bahagian Pertama;
Ujian bertulis yang mengandungi Bahagian Tilawah, Hadis, Jawi, Ayat Hafazan, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak Islamiah.

• Bahagian Kedua;
Kerja Kursus; Ujian Tilawah Dan Hafazan,Akhlak Islamiah dan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).


Menganalisis Soalan
1. Cuba analisis soalan yang pernah keluar tahun-tahun lepas contoh 5 Tahun sebelum. Contoh analisis (PMR2000-06).
2. Mengenalpasti bentuk dan format soalan (perubahan selepas semakan semula)
3. Beri penekanan tajuk-tajuk penting setiap bahagian;

Contoh
i. Pengertian
ii. Faktor-faktur/ Sebab-sebab/ Kesan-Kesan
iii. Langkah-langkah yang perlu diambil
iv. Hikmah-hikmah
v. Cara-cara mengamal, mengatasi.
vi. Ciri-ciri/ Sifat-sifat
vii. Pengajaran/ Penghayatan
iix. Susunan rukun/ Susunan Tarikh dan Rentetan Peristiwa/Susun Ayat
ix. Sumbangan Tokoh
x. Peristiwa-peristiwa yang pernah dialami (Bukti)

Mengkaji Kehendak Soalan Dan Peraturan Pemarkahan
1. Mengkaji struktur soalan dan teliti dengan markah bagi menentukan bentuk dan jumlah jawapan

Pemarkahan Ujian Bertulis
Bahagian di dalam kertas bertulis Pendidikan Islam;

Bahagian-bahagian* itu ialah:
1/2. * Tilawah(ayat kefahaman) - 10 Markah
* Hadis - 06 Markah
* Jawi - 04 Markah
3. * Aqidah - 14 Markah
* Ayat Hafazan - 06 Markah
4. * Ibadah - 20 Markah
5. * Sirah - 20 Markah
6. * Akhlak Islamiah - 20 Markah
_________________________________________________ 100(99)Markah
_________________________________________________





2. Hafaz kata kunci

a. Soalan sebab, punca, faktor yang mendorong.
• Baik;
1. Iman yang kukuh dan mantap
2. Mendapat didikan agama dan kasih sayang ibubapa yang sempurna
3. Masyarakat yang prihatin dan penyayang
4. Cintakan ilmu pengetahuan

• Buruk;
1. Iman yang lemah
2. Kurang kasih sayang ibu bapa
3. Pengaruh rakan sebaya
4. terpengaruh dengan media massa
5. tidak melaksanakan hukum dan perintah Allah
6. Tidak menghayati ajaran Al-Quran dan Al-hadis


b. Soalan kesan,akibat buruk terhadap diri/ keluarga/masyarakat/Negara/agama;

Diri;
1. Dibenci dan dimurkai Allah
2. Tidak beroleh rahmat daripada Allah
3. Dihina oleh masyarakat
4. Maruah diri tercemar
5. Jiwa tidak tenteram
6. mempunyai akhlak yang buruk

Keluarga;
1. Maruah keluarga tercemar
2. Keluarga jadi porak peranda
3. Wujud perasaan benci membenci antara satu sama lain


Masyarakat;
 1. Masyarakat jadi kucar kacir
2. lemah dan mundur
3. Timbul pergaduhan dan permusuhan

Negara;
1. Negara mundur dan lemah
2. Ekonomi Negara akan merosot 3. Negara tidak stabil
4. Negara senang dijajah oleh pihak lain

Agama;
1. Maruah agama tercemar
2. Umat Islam mundur
3. Agama Islam dipandang hina oleh agama lain
4. Sukar mengembangkan agama Islam

c. Soalan kesan baik/ hikmah/ faedah/ kepentingan / Kebaikan
• Kata Kunci;
1. Sentiasa dimulia dan dikasihi Allah
2. Sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah
3. Dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat
4. Memiliki jiwa yang tenang, aman dan tenteram
5. Mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
6. Menjadi contoh kepada orang lain
7. Senang berurusan dengan orang ramai
8. Mudah mendapat pertolongan Allah SWT.
9. Sentiasa prihatin terhadap orang lain
10. Dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama Muslim (atau sifat mahmudah yang lain).

d. Soalan mengenai ciri/ sikap/ sifat
• Kata Kunci;
1. Bertawakkal setelah berusaha
2. Redha dengan ketentuan Allah
3. Sabar dengan ujian Allah
4. Qonaah dengan pemberian Allah
5. Bersyukur dengan apa yang dimiliki
6. Amanah terhadap tanggungjawab
7. Ikhlas dalam melakukan sesuatu
8. Rajin berusaha
9. Tidak mudah berputus asa
10. Istiqamah dalam melakukan pekerjaan.

e. Soalan mengenai cara mengatasi
• Kata Kunci;
1. Menguatkuasakan undang-undang/ mengetatkan undang-undang
2. Mengenakan hukuman yang berat dan setimpal
3. Melaksanakan hukum Islam yang ditentukan di dalam syariat Islam
4. Membaca dan menghayati Al-Quran
5. Mengamalkan cara hidup yang ditunjuk oleh Rasulullah dan para sahabat baginda
6. Mewujudkan masyarakat prihatin
7. Memberi teguran dan nasihat
8. Mengadakan kempen seperti iklan, pameran, ceramah dan lain-lain
9. Mengawal media massa
10. Mengawal pergaulan dan hiburan yang keterlaluan
11. Membentuk Rakan Pembimbing Rakan Sebaya
12. Ibubapa berperanan mendidik anak-anak mereka dengan asas agama dan nilai-nilai murni.
f. Cara mengamalkan;
- mesti menggambarkan perlakuan
- guna awal me/ men/ meng/ ber dll.

• Melaksanakan tuntutan Allah SWT
• Sentiasa mengerjakan solat berjamaah di masjid
• Bersatu menentang kebathilan dan perkara mungkar
• Saling ziarah-menziarahi / menghubung silaturrahim di antara ahli keluarga
• Mengamalkan budaya bersalaman dan mengucap salam
• Saling nasihat-menasihati dan ingat-mengingati
• Mengingati Allah dengan zikrullah dan bersyukur

g. Hafal glosari / istilah dalam Islam
Contohnya;
• AQIDAH
Nama-nama Allah, sifat-sifatnya, Malaikat, nama rasul, nama syurga, nama neraka, nama kiamat dll.

• IBADAH
Solat, qiamullail, tahajjud, tawarruk, iftirasy, wuduk, tayammum, mandi junub (janabah), witir, rawatib, qailulah, hadas kecil, hadas besar, fardu, sunat, makruh, harus, haram, sah, batal, fardu ain, fardu kifayah, jamak, qosar,…..dll


3. Mengenalpasti perkara yang boleh dan tidak boleh ketika menjawab dan menulis jawapan pada kertas jawapan

3.1. Panduan Menjawab Soalan

Soalan perbandingan
1. Buat kotak atau petak
2. Pasangannya mesti sesuai dan betul. Jika pasangan salah dikira salah
3. Mesti ada perbezaan
4. Jika jawab sebelah sahaja pun salah

Soalan hukum dan alasan
1. Nyatakan hukum seperti sah, batal, haram, wajib, sunat, harus, makruh. Salah jika tulis boleh, tidak boleh.
• Berikan alasan berdasarkan rukun, syarat sesuatu masalah.
• Jika hukum betul, alasan salah dapat markah hukum sahaja tapi jika hukum salah, alasan betul dianggap salah semua.

Tulisan Jawi
1. Kuasai kaedah penulisan jawi
2. Ditulis bersambung dalam perkataan


Susun Ayat Hafazan
1. Susun ayat mesti mengikut tertib ayat seperti dalam al-Quran.
2. Susun nombor sahaja dari kiri ke kanan atau atas ke bawah.

Soalan Rukun
1. Hafal rukun dengan ikut tertib, tidak boleh bertukar.
2. Susun dengan tertib



Soalan KBKK
(Faktur, Sebab, Alasan, Cara-cara, Ciri-ciri, Kesan buruk, Kesan Baik)

1. Hafal kata kunci
2. Jawapan kepada soalan cara-cara mesti menunjuk dan menggambarkan perlakuan

Soalan berdasarkan ayat
1. Baca isi kandungan ayat dan jawab berdasarkan apa yang terkandung dalam ayat tersebut. Jangan mengada-ngada fakta sendiri.
Soalan bukti, pengetahuan dan kefahaman
1. Fakta yang khusus dengan soalan seperti tokoh, contoh, pengertian dan lainnya.
2. Jangan memandai-mandai dan beri fakta umum.
3. Kepentingan Memahami Struktur soalan

4.1. Memahami struktur soalan dan pemarkahan sangat penting supaya;
1. Tidak tertinggal soalan ketika menjawab
2. Menentukan jumlah isi jawapan
3. Memudahkan buat semakan
4. Menjimatkan masa
5. Tahu perkara yang disukai oleh pemeriksa kertas.

5. Teknik Menjawab Soalan

5.1. PERINGATAN SEBELUM
1. Kalau boleh tulis jawi. Tulisan jawi digemari oleh pemeriksa tetapi tidak memberi kesan kepada markah.
2. Penuhkan dokumen-dokumen dengan lengkap dan jelas. Boleh tulis Basmalah dan Salam.
3. Mulakan dengan doa mudah-mudahan dilapang dada, dibuka fikiran dan ilham dan mendapat petunjuk Allah SWT.
4. Pastikan semua peralatan seperti kertas jawapan, tali pengikat, pembaris dan ballpen ada.

5. Agihkan masa: * 5 minit untuk membaca soalan keseluruhan
* 20 minit untuk menjawab setiap bahagian.
(1 jam 40 minit untuk jawab soalan)
* 10 minit buat semakan jawapan
* 5 minit buat urusan teknikal

5.2. PERINGATAN SEMASA
1. Pastikan tidak tulis apa-apa pada ruangan yang bertulis"jangan tulis apa-apa di ruangan ini" dan tinggalkan lapan baris kosong pada helaian pertama kertas jawapan untuk pemeriksa menulis markah.
2. Baca soalan dengan teliti dan habis. Garis isi dan perkataan penting dalam soalan
3. Jawapan mesti ditulis dalam bentuk fakta dan bukannya karangan.
4. Jawapan mesti ditulis dalam bentuk nombor dan ke bawah
5. Tulisan pelajar mestilah kemas, bersih, tidak kecil, tidak berbunga-bunga, tidak guna simbul dan huruf ringkas seperti " yg., o n dll", tidak guna pen dakwat cair kerana ia mengganggu jawapan dimuka surat sebelahnya dan jangan guna pensil kerana boleh tanggal dan terpadam jawapan.
6. Selang sebaris atau dua baris selesai menjawap soalan
7. Mulakan muka surat baru untuk nombor soalan yang berlainan
8. Guna ke dua-dua belah muka surat kertas jawapan
9. Bawakan ballpen lebih dan pembaris untuk buat petak pada soalan perbandingan atau perbezaan. Guna ballpen biru dan hitam sahaja.
10. Jangan guna liquid paper jika salah atau batal jawapan. Garis
dengan satu garisan sahaja.
11. Rajinlah menulis dan cuba jawab semua soalan; tetapi elakkan daripada tulis sepatah perkataan sahaja, sebut amalan wajib sahaja, beri jawapan yang tersirat dengan harapan pemeriksa akan faham dan mengulang jawapan yang sama maksudnya dalam satu jawapan.
5.3. PERINGATAN SELEPAS

1. Ambil masa 10 minit untuk buat semakan jawapan
2. Ambil masa 5 minit untuk buat semakan teknik menjawab, pastikan tiada soalan tertinggal dan nombor soalan dan jawapan betul. Tulis nombor setiap muka surat dan semua dokumen seperti no. kad pengenalan, angka giliran dan nama subjek ditulis lengkap dan sempurna.
3. Susun kertas jawapan mengikut tertib, ikat mati dengan benang yang diberikan walaupun jawapan anda hanya sekeping sahaja atau dalam buku jawapan.
4. Jangan tulis seni kata lagu dan sajak, merayu pemeriksa, melukis kartun dan menggaris jawapan dengan ballpen merah. INGAT ANDA SEDANG MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM BUKAN PENDIDIKAN SENI.

Sekian terima kasih selamat maju dari 
Mohd Zaidi Mohd zain 
Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKSI 2012

Bengkel Menjawab PMR Pendidikan Islam 2012

SEMINAR PMR - PENDIDIKAN ISLAM 

Tarikh: 30.4.2012 (Isnin)
Tempat: Dewan Besar SMK Saujana Indah
Penceramah :Ustaz Lokman Abdullah dari SMK Bandar Tasek Mutiara









Friday 27 April 2012

Ujian Tanda Allah Sayang.

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35  
Tafsiran Ringkas :Ibnu Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang berputus harap.Ibnu Kathir ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan.Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan : "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [Al-Baqarah: ayat 233].Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan itu.Manusia yang berhenti pada satu tahap kesusahan, akan menjadi orang yang putus asa dan bernasib malang. Dia akan memandang hidup ini dengan pandangan kosong dan hampa. Namun, orang yang beriman akan menjadi semakin optimis dan terus berjuang untuk menyelesaikan semua kesulitan itu. Seorang yang beriman meyakini bahwa setiap kesulitan itu pasti mempunyai jalan keluar, dan yang pasti kesulitan itu tidak akan deberikan Allah swt, melainkan sesuai batas kemampuan manusia itu sendiri untuk memikulnya.Manusia memang harus menanggung resiko kehidupan dunia ini. Kita sewajarnya bersedia menghadapi kesulitan dan kepayahan, karena hidup memang diciptakan untuk itu. Akan tetapi, semua itu bertujuan baik, karena dengan kesulitan-kesulitan itulah, Allah swt meningkatkan derajat manusia itu sendiri.
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut :"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta".Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika mempunyai darjah keimanan yang tinggi, maka kita akan menerimanya dengan keredhaan. Maka padanya rahmat Allah serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah dan kesesatan yang nyata.Kesusahan dan kepayahan manusia selama di dunia, tidak akan pernah berhenti semenjak dalam kandungan sampai kematiannya datang. Bahkan, kematian itu sendiri adalah puncak dari kesusahan dan kepayahan hidup. Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia selalu berhadapan dengan berbagai bentuk kesulitan dan kesusahan. Walaupun dapat melepaskan diri dari satu kesulitan, maka dia akan menghadapi kesulitan yang lain. Misalnya, seorang yang masih dalam bangku persekolahan merasa kesusahan dengan peperiksaan. Setelah lulus dan selesai dari bangku persekolahan, dia kembali menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan. Apabila memperolehi pekerjaan, muncul lagi kesusahan baru menghadapi cabaran di tempat kerja, begitulah seterusnya.Ini bererti bahawa ujian bagi manusia sebenarnya bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti manusia itu sendiri. Bukankah dengan ujian seorang siswa akhirnya mengengam segulung ijazah?. Dan bukankah dengan ujian juga, seorang guru biasa boleh menjadi seorang pengetua cemerlang yang disegani?. Oleh karena itu, ujian atau kesulitan bukanlah sesuatau yang wajar di takuti dan di pandang buruk. Ujian tidak boleh dihindari atau ditakuti, karena ujian itu sendiri adalah kebaikan. Akan tetapi, yang salah dan buruk adalah gagal dalam menghadapi ujian dan kesulitan itu. Semakin banyak ujian dan kesulitan yang dihadapi, akan semakin tinggilah mutu seseorang kalau dia berhasil menyelesaikannya. Bukankah ikan yang enak dagingnya, adalah ikan yang sering berenang di air deras?. Dan bukankah emas yang sering dibakar akan semakin berkilat?.
Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para anbiya, aulia dan solihin. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.Allah berfirman :Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah: ayat 153].Kesimpulan bagi ayat yang dibincangkan iaitu ayat 35, surah Al-Anbiyaa' di atas mempunyai tiga perkara penting untuk kita menyadarinya iaitu :
  1. Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur.
  2. Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar.
  3. Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.
Ramai yang tewas apabila diuji dengan kemewahan, mereka mula lalai dan semakin jauh dari menginggati Allah sedangkan semasa ditimpa kesusahan mereka banyak menginggati Allah dan beribadah. Ramai juga yang tewas apabila ditimpa kesusuahan dan kesukaran mula menyalahkan Allah, menjauhkan diri dari Allah dan berbuat kerosakan terhadap orang lain, sedangkan semasa senang dia banyak bersedekah, menderma dan menolong orang yang susah. Ramai mula yang gila, hilang punca dan pedoman hidup akibat ujian demi ujian yang diberikan ke atasnya.Maka redhalah dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikuniakan nikmat dan kesenangan, bersabar apabila ditimpa musibah dan kesakitan, ingat kita akan menemui Allah pada suatu masa nanti. Sesungguhnya Allah sayangkan kita, ujian dan cubaan sebagai peringatan supaya kita tidak terus hanyut dalam kesesatan dan tercampak dalam lembah kehinaan. Ujian dan dugaan menjadikan nikmat dan manisnya sebuah kehidupan...

Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
 2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.  
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
 5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATANKita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
 7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil". 
8. MENGHORMATI GURU Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.  
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan

Saturday 14 April 2012

TEKNIK SKOR KERTAS 1 SPM 2012

PERTAMA : Fahami format soalan
Soalan kertas 1 PI SPM mengandungi soalan -soalan berkaitan bidang aqidah, ibadat, tamadun, tokoh dan akhlak. Pelajar lebih sukar untuk menguasai bidang-bidang ini kerana skop soalan agak luas dan memerlukan pelajar mengingat fakta.


  • Bahagian A : 20 soalan objektif + 20 soalan Isi Tempat kosong = 40 markah

  • Bahagian B : 4 soalan struktur = 60 markah [aqidah : 20M][ibadat : 20M][ Tamadun/tokoh/akhlak : 20M]
Berdasarkan format, jelaslah bahawa soalan struktur merangkumi 60 markah dan pelajar perlu menguasai bahagian B dengan baik jika ingin skor kertas 1.
KEDUA : TEKNIK SKOR BAHAGIAN A
  1. Tingkatkan latih tubi soalan-soalan objektif bagi membiasakan minda anda dengan bentuk soalan dan pilihan jawapan yang diberi.

  2. Berhati-hati dengan 'trick' atau perangkap soalan yang digunakan contohnya perkataan berikut : 'kecuali' 'selain' 'bukan' ' terhadap individu' 'terhadap masyarakat'.

  3. Cuba kecilkan pilihan jawapan yang diberi . Contohnya jika soalan meminta pelajar mencari manakah yang tidak benar, cari jawapan yang benar dahulu dan potonglah jawapan tersebut dari senarai. Begitu juga sebaliknya.

  4. Soalan tentang pernyataan, pelajar perlu mencari clue jawapan yang paling hampir. contohnya...karya tokoh.

  5. Teka jawapan sekiranya tidak tahu.
KETIGA : TEKNIK SKOR SOALAN ISI TEMPAT KOSONG
  1. Jawapan mestilah dalam bentuk istilah atau frasa.
  2. Baca semua ruangan info Islam, tazkirah, tahukah anda yang terdapat di dalam buku teks.
  3. Tulis satu jawapan sahaja. Jangan beri dua jawapan yang berlawanan. Markah tidak akan diberi walaupun salah satu jawapan anda betul.
KEEMPAT : TEKNIK SKOR BAHAGIAN B
  1. Kuasai bidang aqidah dan ibadah sebaik mungkin kerana soalan dari bidang ini menyumbang 40 markah (20 markah untuk aqidah & 20 markah untuk ibadat)
  2. Jika mampu, cuba jawab kesemua soalan bahagian ini walaupun hanya 3 soalan wajib dijawab.
  3. Bagi menguasai tajuk tokoh, beri perhatian kepada hasil karya, bukti kegigihan tokoh, dan fakta yang berkaitan sifat peribadi tokoh.
KELIMA : KUASAI TAJUK-TAJUK RAMALAN KERTAS 1
Tajuk-tajuk tumpuan / ramalan ini adalah berdasarkan analisis soalan-soalan percubaan negeri 2010 dan soalan-soalan tahun lepas (khusus untuk bahagian B sahaja) :

Thursday 12 April 2012

PANDUAN MENJAWAB SOALAN HUKUM

Jawapan hukum : suci atau tidak suci
a. Mengenai menyuci najis
i. Ahmad membasuh seluarnya yang terkena najis jilatam anjing dengan enam kali air biasa sahaja
Hukum: Tidak suci
Alasan: membasuh najis menghalazah mestilah dengan tujuh kali air teramsuk sekali dengan air tanah

ii. Zarina membasuh lantai rumahnya yang terkena air kencing bayi perempuannya dengan air hujan
Hukum: suci
Alasan: Air hujan air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci
b. Mengenai istinjak
i. Ali telah bersitinjak menggunakan kertas akhbar walaupun terdapat air ketika itu
Hukum: Tidak suci
Alasan: kertas akhbar tidak kesat
ii. Abu bakar bersitinjak menggunakan air embun ketika berkhemah di dalam hutan
Hukum: suci
Alasan: air embun adalah alat bersuci
2. Jawapan hukum: wajib atau tidak wajib
a. Mengenai ibadat yang wajib berwuduk untuk melakukannuya
i. Apakah hukum berwuduk bagi situasi berikut:
1. Ali berwuduk untuk sujud syukur
Hukum- Wajib
2. Pak Imam Kamal berwuduk untuk membaca khutbah Jumaat
Hukum _ Wajib

b. Mengenai syarat wajib menunaikan solat Jumaat
i. Nyatakan hukum dan alasan
Abdullah menaiki kereta api dari Perlis ke Singapura pada pukul lima pagi jumaaat. Beliau tidak menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut
Hukum: Tidak Wajib
Alasan: Beliau musafir

c. Menegenai syarat wajib mengeluarkan zakat
Seorang bapa telah mengeluarkan zakat fitrah bayinya yang lahir pada malam hari raya
Hukum: Tidak wajib
Alasan kerana bayi itu tidak hidup pada akhir ramadhan

d. Mengenai syarat-sayart wajib zakat harta benda
Abdul Aziz membayar zakat ternakan untuk 35 ekor kambing setelah genap setahun
Hukum: tidak wajib
Alasan: Tidak cukup nisab
3. Jawapan hukum sunat
a. Mengenai perkara yang disunatkan berwuduk ketika mandi hadas
Apakah hukum berwuduk bagi situasi berikut:

Anisah berwuduk sebelum mandi hadas
Hukum: sunat
Alasan: berwuduk sebelum mandi hadas hukumnya sunat
4. Jawapan hukum haram atau berdosa
a. Mengenai bahan-bahan yang haram digunakan untuk beristinjak
Yusuf bersitinjak menggunakan roti kering
Hukum: haram
Alasan: bahan makanan haram digunakan untuk beristinjak

b. Mengenai perkara-perkara yang haram dilakukan lelaki dan perempuan kertika berhadas besar
Rasyid yang sedang berhadas besar telah melakukan sujud syukur
Hukum: haram/ berdosa
Alasan: orang yang berhadas besar haram melakukan sujud syukur

c. Mengenai hari-hari yang diharamkan berpuasa
Rahimah mengqadakan puasa Ramadhan yang ditinggalkan pada 13 Zulhijjah
Hukum; Haram
Alasan: 13 zulhijjah ialah ahari tasyrik yang diharamkan berpuasa

5. Jawapan hukum Sah atau tidak sah
a. Mengenai Syarat sah wuduk
Ali mengambil wuduk sedangkan terdapat cat yang melekat pada lengannya
Hukum: Tidak sah
Alasan: ada benda yang meghalang air sampai ke anggota wuduk

b. Mengenai syarat-syarat tayammum
Fauzi terlah bertayamum untuk solat asar kira-kira 5 minit sebelum masuk waktu
Hukum: tidak sah
Alasan: syarat tayamum hendaklah setelah masuk waktu solat

c. Mengenai syarat-syarat sah solat
Rohani menunaikan solat subuh sedangkan dia tidak pasti waktunya telah masuk atau belum
Hukum: tidak sah
Alasan: kerana dia tida yakin masuk / mesti yakin masuk waktu solat

d. Mengenai syarat makmum
Oleh kerana rumahnya berhampiran masjid, Ramli menunaikan solat subuh di dalam rumahnya mengikut imam yang solat dalam masjid
Hukum Tidak sah
Alasan: syarat sah berjemaah hendaklah makmum dan imam berada di satu tempat

e. Mengenai syarat sah solat jumaat
Penduduk sebuah kampong telah mendirikan solat jumat dengan bilangan Jemaah 39 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Hukum: tidak sah
Alasan: syarat sah solat jumaat ialah blangan jemaahnya mastilah 40 orang dewasa lelaki

f. Mengenai syarat sah khutbah jumaat
Seorang khatib membacankhutbah jumaat secara keseluruhannya dalam bahasa Melayu
Hukum: Tidak sah
Alasan: Rukun khutbah mesti dibaca dalam bahasa Arab

g. Menegenai syarat sah solat Jamak Taqdim
Fauzi telah menunaikan solat secara jamak Taqdim dengan memulakan solat asar dahulu kemudian solat zohor
Hukum: tidak sah
Alasan: solat jamak Taqdim mesti dimulakan solat waktu pertama dahulu

h. Mengenai syarat sah jamak takhir
Rizal menunaikan solat zohor dan asar secara jamak di rumahnay sebaik-baik sampai dari Mekah
Hukum : tidak sah
Alasan: syarat sah solat jamak takhir ialah mseti dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai

i. Mengenai syarat Pusa
Laila telah berniat puasa ramadhan selepas solat subuh kerana terlupa untuk berniat pada malam tadi
Hukum: tidak sah
Alasan: Puasa ramadhan/ puasa fardhu mesti bernoiat pada waktu malam
j. Mengenai syarat sah solat Jenazah
Penduduk sebuah kampong telah menuanikan solat jenazah Yusuf yang meninggal dunia di masjid sedangkan jenzah Yusof berada di rumahnya.
Hukum: Tidak sah
Alasan: syarat sah solat jenazah mestilah jenazah berada di hadapan orang yang solat
6. Jawapan hukum sah atau tidak sah
a. Mengenai rukun wuduk
Hussain mengambil wuduk dengan membasuh kedua-kedua kakinya tanpa sampai ke buku lali
Hukum: tidak sah wuduknya
Alasan: wuduknya tidak rata

b. Mengenai Rukun Tayammum
Rahim bertayamum dengan menyapu debu tanah ke tangan dahulu kemudian menyapu ke muka
Hukum : tidak sah
Alasan: kerana tiadk tertib

c. Mengenai rukun solat
Ramli tidak membaca selawat ke atas Nabi dalam Thiyat akhir semasa solat isyak
Hukum: tidak sah
Alasan: membaca selawat ke atas Nabi adalah rukun

d. Mengenai rukun Khutbah Jumaat
Khatib membaca khutbah tanpa mendoakan orang-orang Islam dalam khutbahnya
Hukum: tidak sah
Alasan: berdoa kepada orang –orang Islam dalam khutbah ialah rukun khutbah
e. Mengenai solat jenazah
Abdullah mengerjakan solat jenazah yanpa membaca doa terhadap si mati selepas takbir ketiga
Hukum: tidak sah
Alasan: kerana membca doa terhadap si mati adalah rukun solat jenazah.
7. Mengenai perkara sunat jawapan hukum sah
a. Mengenai perkara sunat ketika berwuduk
Hassan mengambil wuduk tanpa membaca doa selepasnya
Hukum : sah
Alasan: membaca doa selepas berwuduk adalah sunat
b. Mengenai perkara sunat ketika bertayamum
Imran bertayamum denga menyapu debu ke tangan kiri dahulu
Hukum: sah tayamum
Alasan: menyapu tangan kanan dahulu ketika bertayamum adalah sunat
c. Mengenai perkara sunat ab’ad
Farhan menunaikan solat subuh tanpa membaca qunut
Hukum: sah soaltnya dan hendaklah sujud sahwi
Alasan: membaca qunut sunat sahaja
d. Mengenai sunat hai’ah
Firdaus terus ruku’ selepas membaca al-Fatihah tanpa membaca mana-mana ayat al-Quran semasa solat maghrib
Hukum: sah solatnya
Alasan: membaca ayat al-Quran selepas membaca al-fatihah adalah sunat ( sunat hai’ah)
e. Mengenai perkara sunat khutbah
Seorang kahtib menyampaikan khutbah jumaat tanpa menaiki mimbar
Hukum: sah
Alasan: membaca khutbah di atas mimbar hanya sunat sahaja
f. Mengenai perkara sunat puasa
Ahmad menuanaikan ibadat puasa pada buan Ramdhan tanpa bersahur
Hukum: sah puasanya
Alasan: bersahur itu hanya sunat
8. Jawapan hukum sah tetapi makruh
a. Mengenai perkara makruh ketika berwuduk
Husain membasuh anggota wuduknya melebihi tiga kali semasa berwuduk kerana waswas
Hukum: sah tetapi makruh
Alasan; membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adal;ah makruh ketika berwuduk
b. Mengenai perkara makruh ketika berpuasa
Safiah merasa makanan pada hujung lidah tetapi tidak menelannya sedangkan ia berpuasa
Hukum: sah/ makruh
Alasan: merasa makanan bagi orang yang berpuasa adalah makruh
9. Jawapan harus
a. Mengenai golongan yang harus berbuka puasa
Subaiah yang sedang mengandung terlah berbuka puasa Ramadhannya kerana bimbangkan anaka dalam kandungannya
Hukum: harus
Alasan: kerana dai termasuk dalam golongan yang hrus berbuka pauasa ramadhan
10. Jawapan hukum batal atau tidak batal
a. Mengenai perkara-perkara yang membatalkan wuduk
i. Rosli dalam keadaan berwuduk telah berjabat tangan dengan emak saudaranya
Hukum: tidak batal
Alasan: kerana emak saudaranya dalah muhirim baginya
ii. Nik Aziz dalam keadaan berwuduk telah berbaring kemudian tertidur selama sepuluh minit sementara menunggu waktu solat subuh
Hukum : batal wauduknya
Alasan: kerana tidur itu membatalkan wuduk
b. Mengenai perkara yang membatalkan tayammum
Oleh kerana ketiadaan air, Fadhil telah bertayammum semasa dalam musafirnya di Pakistan untuk solat zohor. Kemudian sebelum sempat solat, beliau terjumpa air yang mencukupi untuk berwuduk
Hukum : batal tayammum
Alasan: kearana ia memperoelhi air sebelum solat, membatalkan tayammum
c. Mengenai perkara yang membatalkan solat
i. Semasa menunaikan soalt isyak, hussain telah menelan sisa makana yang terlekat di celah giginya
Hukum: batal solatnya
Alasan : kerana dia makan sedangkan makan ketka solat membatalkan solat
ii. Syafei solat zohor tetapi tidak membaca selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
Hukum : batal solatnya
Alasan: kerana meninggalkan rukun solat

d. Mengenai perakara yang membatalkan puasa
i. Yusof yang sedang berpuasa telah pengsan sejak pagi hingga petang
Hukum : batal puasanya
Alasan kerana pengsan sepanjang hari meruakan perkara yang membatalkan puasa

ii. Rahimah dalam keadaan terlupa telah memakan sekeping roti sedangkan dia sedang berpuasa
Hukum: tidak batal
Alasan: makan/ minum yang tidak diseganjaka tidak membatalkan puasa

Tips menahan diri daripada memarahi anak kecil

Ibu bapa pasti ada masanya merasa geram dan hilang sabar dengan kerenah anak kecil yang kadang-kadang menangis, meragam dan sebagainya. Pastinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi yang terganggu.

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan. 

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di akhirat nanti.

Wednesday 4 April 2012

Pendidikan Islam SPM


SPM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN SPM

LANGKAH 1 (MENGETAHUI BENTUK SOALAN)

KERTAS 1

BAHAGIAN A
Ujian Objektif :

Aneka pilihan dan mengisi tempat kosong.
40 soalan (40 markah)
(Jawab semua soalan)

BAHAGIAN B
Ujian Subjektif
•Mengandungi 4 soalan.
•(Jawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 wajib. Soalan ketiga pilih mana-mana soalan 3 atau 4
•(60 markah)
KERTAS 2 :
Ujian Subjektif
-Ayat Al-Quran dan hadis kefahaman
-Ayat hafazan
-Tajwid
-Kemahiran jawi


• MENGANDUNGI 5 SOALAN
• JAWAB SEMUA SOALAN ( TIADA PILIHAN)
- SETIAP SATU SOALAN 20 MARKAH
- MARKAH PENUH 100.

CAKUPAN KONTEKS
Kertas 1 ( 1223/1)
Merangkumi :
-Ibadah , Akidah, Akhlak Islamiah, Tamadun Islam dan tokoh.

Kertas 2 (1223/2)
Merangkumi :
-Ayat kefahaman,Ayat Hafazan, Hadis Kefahaman,Tajwid dan Kemahiran Jawi.



PECAHAN PEMARKAHAN

KERTAS 1
BAHAGIAN A
Ujian Objektif : Aneka pilihan dan mengisi tempat kosong.
40 soalan (40 markah)  (Jawab semua soalan)

BAHAGIAN B
Ujian Subjektif
Mengandungi 4 soalan.
(Jawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 wajib. Soalan ketiga pilih mana-mana soalan 3 atau 4 (60 markah)


Kertas 1

BAHAGIAN A

Bentuk Objektif (Aneka Pilihan)-20 SOALAN
(soalan 1-20)


1.Berikut adalah perkara yang Membatalkan Iman kecuali :

A. Fasiq
B. Riddah
C. Khurafat
D. Bidaah Dhalalah

[ 20 MARKAH ]

Soalan 21-31. Isi Tempat kosong
Contoh Soalan.

21.Sembelihan ialah mematikan binatang dengan memutuskan _________dan urat merih menggunakan alat yang tajam kerana Allah SWT.

Soalan 31-40 berdasarkan peta minda, peta, carta dan pernyataan.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

ØJangan terkeliru dengan soalan yang bersambung yang memerlukan dua jawapan. 

Contoh; Jelaskan maksud Islam dan Iman. 
Jawapan;
Islam;
- Tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
Iman;
  - Berikrar dengan lidah, memebenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan segala anggota.

Soalan yang meminta perbezaan, sebaik-baiknya hendaklah dibuat kotak atau petak.

Sekiranya dibuat dalam ayat sebaik-baiknya menggunakan kata sendi atau kata hubung “Sedangkan” atau Manakala”. 
Contoh; Nyatakan dua perbezaan di antara korban  dan aqiqah