Saturday 1 November 2014

Contoh Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Bahagian Akidah)

Dua contoh syirik khaffi
- Riak/menunjuk-nunjuk kehebatan diri
- Ujub/mengkagumi diri sendiri
- Takbur/membangga diri

Dua akibat Islam melarang perbuatan syirik khaffi
- Dibenci oleh masyarakat
- Hilang kawan atau sahabat
- Sukar mnerima pandangan orang lain

Dua cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan syirik khaffi
- Sentiasa melakukan perintah Allah dengan ikhlas
- Mendampingi para guru agama/ulamak
- Sentiasa berzikir/tahmid/tasbih
- Menunaikan ibadat-ibadat sunat
- Sentiasa membaca al-Quraan
- Mengelakkan diri daripada berkawan dengan mereka.
- Sentiasa bermuhasabah diri

Maksud Syiah
- Ialah golongan yang mendorong cita-cita untuk menjadikan saidina Ali Karama Allah Wajhah sebagai khalifah rasulullah SAW

Dua kesan kepada umat Islam hari ini daripada perbuatan di atas.( ajaran sesat)
- Umat Islam berpecah belah
- Negara Islam kucar kacir
- Hidup umat Islam tidak tenang
- Berlaku peperangan di antara Umat Islam

Usaha yang perlu dilakukan untuk menjauhi perbuatan yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba’
- Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab ahli as-Sunnah Wal Jamaah yang muktabar
- Belajar daripada guru yang diikhtiraf keilmuan dalam bidang akidah.
- Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan syiah
- Menunaikan perintah Allah secara berterusan
- Membina ketahanan akidah dengan berdoa

Hukum merompak
- di potong tangan jika mencukupi syarat
Pandangan anda mengenai- Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.
- Tidak wajar -
- Perlu diserahkan kepada pihak yang berkuasa
- Hendaklah di hukum mengikut syariat Islam
- Apabila di bunuh tidak akan dapat menyelesaikan masalah
- Mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran



Cara mengatasi masalah merompak
- Menguatkuasakan undang-undang Islam supaya orang ramai takut untuk melakukannya
- Masyarakat Islam perlu mendapat pendidikan agama yang secukupnya supaya tahu tentang dosa dan pahala
- Remaja hendaklah menjaga pergaulan mereka supaya tidak terpengaruh dengan mereka yang mengamalkan perbuatan negatif

Maksud golongan Khawarij
- Golongan yang menyokong sayidina Ali yang menentang golongan Muawiyah tetapi tidak menerima majlis tahkim

Perbezaan antara golongan Khawarij dan ahli Sunah Wal Jemaah berkaitan dengan sumber syariat dalam Islam
- Khawarij membataskan syariat Islam hanya kepada al-Qur’an Sahaja
- Ahli Sunah Wal Jemaah menjadikan al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan Syariat Islam

Dua akibat berpegang kepada ajaran yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.
- Akidah akan terpesong dari ajaran yang sebenar
- Amalan tidak diterima Allah
- Hidup tidak diredhai Allah

Maksud khurafat .
-Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap pempunyai hubungan dengan Islam/ (1m) sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. (1m)
dua akibat perbuatan khurafat terhadap individu
1. Menyebabkan seorang itu menjadi syirik
2. Menyebabkan iman seseorang terbatal
3. Membazir masa/ harta/ tenaga dengan perkara yang sia-sia
4. Menyekat akal berfikir secara logik

banyak perkara khurafat dilakukan oleh umat Islam berhubung pengurusan uri.
Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan agar bayi tersebut cepat pandai. Ada juga yang menanam uri bersama benda tajam untuk mengelak bayi menangis.
Pandangan saya
1. Perbuatan yang diharamkan dalam Islam
2. Siapa yang melakukannya akan masuk neraka
3. Orang yang melakukannya akan berdosa
4. Masyarakat akan ketinggalan zaman
5. Paku tidak akan memberi apa-apa kesan / kemudaratan / kebaikan
6. Mustahil pensil boleh memberi kesan baik / buruk

Contoh ajaran sesat
1. Bahai
2. Taslim
3. Qadyani
4. Ayah pin
5. Rasul Melayu
Ciri-ciri ajaran sesat
1. Mencemar kesucian al-Quran dan Hadith
2. Mengubah prinsip asas akidah Islam
3. Mendewa-dewakan pemimpin
4. Menolak perkara qatie dalam Islam
5. Mengubah bentuk-bentuk ibadah
6. Mengubah konsep dosa dan pahala
7. Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
8. Mendewa-dewakan sesuatu swelain Allah
9. Menolak Hadith Mutawatir

Langkah-langkah untuk menangani ajaran sesat
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam / melalui proses pembelajaran secara formal
2. Menyebarkan ajaran Islam / melalui pelbagai kaedah
3. Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu / antara semua pihak
4. Mengadakan program pemulihan akidah / khusus bagi mereka yang terlibat dengan ajaran sesat

Cara murtad boleh berlaku melalui perbuatan.
1. Menganut agama lain / keluar dari Islam.
2. Membantu menyebarkan agama lain.
3. Memakai lambang keagamaan agama lain.
4. Sujud kepada makhluk.
5. Amalkan upacara kebesaran agama lain.

Dua kesan perbuatan murtad terhadap individu.
1. Batal iman.
2. Haram menerima harta pusaka.
3. Jenazahnya haram dikebumikan diperkuburan Islam.
4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
5. Amalannya tidak diterima oleh allah.
6. Dimurkai oleh Allah
7. Boleh dijatuhkan hukuman bunuh.

Dua usaha yang perlu anda sebagai pemimpin masyarakat lakukan untuk mengelakkan amalan tersebut daripada berleluasa
1. Memberi nasihat / kesedaran supaya bertaubat/ kembali kepada Islam.
2. Menyebarkan risalah-risalah yg mengandungi keburukan murtad.
3. Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis- majlis ilmu .
4. Melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan kejadian murtad.
5. Menerangkan tentang kesan buruk murtad .
6. Memberi perlindungan /bantuan sekiranya dia muallaf

Maksud iman dari segi istilah :
Membenarkan di dalam hati, berikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

Dua ciri orang yang bertambah iman:
1. Mempunyai ilmu pengetahuan -tentang Allah dan rasulNya.
2. Banyak melakukan ibadat sunat – seperti membaca al-quran dan qiamullail/solat sunat
3. Sentiasa berzikir kepada allah- seperti Bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil.


Namakan dua kumpulan syiah selain daripada Syiah Imamiyah:
1. Syiah Zaidiyah
2. Syiah Bathiniyah

Dua pegangan Syiah Imamiyah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah:
1. Jawatan imam telah dianugerahkan oleh Allah.
2. Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahlul bait.
3. Beramal dengan taqiah.
4. Mengharuskan perkahwinan mut’ah.
5. Beriktikad bahawa imam ke 12 mereka akan
6. Muncul sebagai imam Mahdi.

Maksud Sihir :
- Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitanatau jin/ bertujuan memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Akibat mengamalkan sihir dalam masyarakat :
- Merosakkan akidah
- Memecahbelahkan masyarakat
- Hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
- Ahli sihir menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman

Maksud mengumpat :
- Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya/serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

Sebab seseorang itu mengumpat atau memfitnah:
- Ingin melihat orang lain menderita
- Takut persaingan hidup
- Tidak mahu mengaku kelebihan orang lain
- Irihati atau hasad dengki terhadap kelebihan yang ada pada orang lain

Dua akibat memfitnah selain dipandang hina oleh masyarakat
- Masyarakat Islam akan mundur
- Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
- Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan
- Merendahkan martabat agama dan umat Islam
- Umat Islam akan ditindas oleh musuh/ Musuh berpeluang menghapuskan agama dan umat Islam

Pengasas ajaran sesat Bahai:
- Husin Ali al-Mazandarani




Ciri-ciri kesesatan ajaran bahai:
- Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
- Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dandigabungkan dalam ajaran Bahai
- Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa’
- Beriktikad bahawa nabi Isa mati disalib
- Mengagungkan Kod 19 hingga al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut
- Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
- Memansuhkan agama Islam
- Menganggap acre di Palestin sebagai kiblat baru
- Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari,solat sebanyak 9 rakaat 3 kali sehari dan berwudhukdengan air mawar.
- Menghapuskan jihad

Langkah menangani ajaran sesat :
- Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar  supaya sentiasa berada di jalan yang benar.
- Menyebarkan ajaran Islam melalui pelbagai kaedah seperti media cetak dan elektronik, ceramah, seminar dan lain-lain
- Bekerjasama dalam melaksanakan undang-undang agar dapat membendung kegiatan ajaran sesat
- Mengadakan program pemulihan akidah agar mereka mendapat pendedahan tentang Islam yang sebenar

Syarat taubat
- Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
- Berhenti melakukan maksiat
- Berazam tidak akan mengulangi
- Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain

Implikasi tidak bertaubat
- mendapat kemurkaan dari Allah
- hidup tidak tenang
- di pandang rendah oleh masyarakat
- anak-anaknya akan derhaka kepada anaknya kelak


No comments:

Post a Comment