Sunday 28 September 2014

Tajuk-tajuk Fokus Pendidikan Islam SPM 2014 ( Buat Pelajar SMK Saujana Indah SPM 2014)

Siri 1
Kertas Satu ( Bahagian Akidah) Untuk Kertas 1                            

1
(a)
(i)
Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik jali dan khaffi
Nyatakan dua contoh syirik khaffi


(ii)
Jelaskan dua akibat Islam melarang perbuatan syirik tersebut






(iii)
Terangkan dua cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan syirik.





(b)

Abdullah bin Saba 'adalah seorang Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin  Affan radiallahu' anhu. Dialah yang meretas ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi puncak semaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.





(i)
Apakah maksud Syiah



(ii)
Jelaskan dua kesan kepada umat Islam hari ini daripada perbuatan di atas.



(iii)
Kemukakan usaha yang perlu anda lakukan untuk menjauhi perbuatan yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba’.


(c)












(i)
Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.
Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati. Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan
[Harian Metro: 7 Feb 2014]


 Apakah hukuman yang disyariatkan Islam terhadap perompak






(ii)
Pada pandangan anda adakah wajar tindakan yang dilakukan oleh orang awam tersebut.  






(iii)
Terangkan dua cara untuk mengatasi masalah remaja yang sering melakukan perbuatan ini untuk menampung keperluan hidup mereka  





(d)
(i)
Nyatakan maksud golongan Khawarij






(ii)
Nyatakan perbezaan antara golongan Khawarij dan ahli Sunah Wal Jemaah berkaitan dengan sumber syariat dalam Islam



(iii)
Jelaskan dua akibat berpegang kepada ajaran yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.

banyak perkara khurafat dilakukan oleh umat Islam berhubung pengurusan uri.
Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan agar bayi tersebut cepat pandai. Ada juga yang menanam uri bersama benda tajam untuk mengelak bayi menangis








(e)
(i)
Nyatakan maksud khurafat.






(ii)
Jelaskan dua akibat perbuatan khurafat terhadap individu.



(iii)
Berikan pandangan anda berkaitan perbuatan di atas.

No comments:

Post a Comment