Luahan Hati Seorang Ibu
Azli memegang surah Yassin,namun fikirannya melayang ke arah lain,titisan air matanya tidak henti-henti mengalir,semua ini berlaku tanpa di duga,dalam hatinya bekata,”Ibu adik minta maaf bu,ibu bangun la bu…”.Tapi jasad ibunya kaku dan sia-sia sahaja kerana mengalir air mata darah sekalipun,azli tetap tidak mampu membangunkan ibunya…
Tiga puluh tahun lalu,Jamariah dan suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.Mereka sangat menyayangi anak mereka yang diberi nama Puteri Adriana.
Mereka menjaga Puteri dengan baik dan begitu manja dengannya,ibarat menatang minyakyang penuh.Biasa le anak sulung memang semua ibubapa akan membuat perkara yang sama.Segala apa sahaja kehendak Puteri pasti akan dituruti,pantang dengar tangisan Puteri pasti ibunya akan melayan karenahnya,pernah satu ketika ,Puteri hilang di shopping komplek,habis kecoh satu komplek gara-gara ibunya mencari Puteri,semua orang yang ada disitu turut mencari Puteri,rupa-rupanya dia asyik melihat permainan di kawasan berdekatan di situ. “Syukur alhmdulillah anak ibu ada sini rupanya”.Kata Jamariah sambil menarik nafas lega.
Empat tahun kemudian,Jamariah dikurniakan cahaya mata yang kedua,kali ini alhamdulillah anak lelaki. “Abang tengokle anak kite ni comel kan?”,muke macam saya,hidung macam saya,mulut macam saya,cume dagunye saja macam abang kn,heheh..sambil bergurau dengan suaminya.Mereka menjaga Azli dengan baik.
Hari silih berganti,Puteri dan Azli sudah bersekolah rendah,beza umur mereka cuma empat tahun sahaja.Setiap kali mereka ke sekolah pasti ayah mereka yang menghantarnya. “Kakak,adik,ni bekal jangan lupa bawak,nanti tetinggal pulak”. “Baik ibu!”,kata puteri,salam bu. “Ala ibu, adik tak nak bawak bekal,adik nak makan kat kantin dengan kawan-kawan,tak bestle nanti kawan-kawan beli adik cume makan dalam bekal je,nak duit bu?”.Yela2,nah ambil 2 ringgit ni,ckup?. “ok”kata,Azli. ”Nah duit kakak”,Eh,tak pela mak,kakak makan bekalan yang ibu bagi ni je ye,tak pe kakak tak kisah pun,lagipun masakkan ibu ni lagi sedap dari makan kat kantin. “okla ibu kami pergi dulu yee”..
Di sekaloh Azli ni nakal cikit,pernah satu hari kakaknye menegur perbuatan Azli,disebabkan kawan sekelas Azli mengadu kepada kakaknya.Kakaknya cume memberi nasihat, “adik tak baik buat macam tu,kenapa adik selalu kacau budak-budak? Kenapa sealalu tak dengar cakap cikgu?” Ibu kan tak pernah ajar cmcni kan. “ala,akak ni cikit-cikit ibu,tahu le ibu lebih sayang akak,apa-apa pun mesti ibu dengar cakap akak,apa yang akak nak semua ibu bagi,Azli ni apa? “Adik janganle cakap macam tu,ibu sayang kita sama je,takde beza pn,cume Adik je yang selalu buat perangai sebab tu ibu selalu marahkan Adik,lagipun ibu bukannya marah benci tapi ibu marah sayang tau.” “sudahlah kak,Adik tahu le nak jaga diri,kak jaga diri kak sudah”.
Begitulah sikap Azli pantang ditegur pasti akaknya yang dimarahinya pula.Begitulah sikap kakaknya selalu mengalah kepada adiknya,jika ada kawan-kawan yang mengganggu adikknya,pasti kakaknya akan membela dan memerahi mereka,kalau Azli mahu barang-barang kepunyaan kakaknya,pasti kakaknya akan mengalah dan memeberi kapada Azli,begitu kasih Puteri pada Azli.
“Adik,kakak,dah masuk maghrib ni,cepat masuk,pas tu mandi,solat ye”. Selesai solat,ibu mereka,tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dengan didikan agama,setiap hari ibunya mengajar mengaji dan didikan agama. “Ha,Adik cepat baca,semalam ibu suruh kamu mengulang kan,hari ini ibu nak dengar”. “Alhamdulillahi…ra…ra..” Ala ibu susahle, lalu,pap! Apa nak jadi dengan kamu ni Adik,suruh baca Al-Fatihah pun merangkak2 lagi,kamu nak jadi apa ni? Ibu kan dah selalu ajar,tak tak boleh-boleh lagi,esok ni dah besar mengaji tinggi-tinggi tapi Al-quran tak boleh baca! pas tu solat pun entah ke mana,masa kecik ni le ibu kena lentur kamu elok-elok,nnti dah besar,susah dah nak lentur,masa tu baru nak menyesal,lalu pap!
Sekali lagi rotan singgah di badan Azli,Aduh! Sakitle bu,Azli menangis teresak-esak,ibu ni cikit-ckit nak rotan,kak tak selalu pun kena rotan,ibu memang tak adil,selalu lebihkan kak,apa yang kak cakap ibu dengar,apa yang kak minta ibu bagi,Azli ni siapa?” Sambil merungut tak puasa hati. “tengok cikit-cikit melawan cakap ibu ye?” Ibu tak kisah,biar kamu menangis sekarang,jangan dh kena soal dengan Malaikat nanti baru nak menangis menyesal,kak kamu salalu dengar cakap ibu,ibu tak pilih kasih pun,cume kamu ni selalu buat perangai,ibu tak nak anak ibu nanti jadi anak yang derhaka pada Allah dan ibubapa”. “Adik dengar lah nasihat ibu ni,tak guna kita berjaya di dunia sedangkan akhirat kita abaikan,tak guna jugak kalau kita mendapat kemewah tetapi derhaka pada ibubapa,kamu tak takut dosa ke??ibu takut sangat anak-anak ibu jadi macam tu.
Sudah seminggu suami Jamariah tak pulang dari outstation,risau jugak hatinya,tiba-tiba telefon rumah berdering. “Hello,siapa ni?” Abang ni, abang minta maaf ye sebab tak bgitahu abg nak balik hari ni,abang sibuk sangat,ni abang ada atas flight,nak blik rumah,tak sabar sangat nak jumpa sayang dan anak-anak,abang rindu sangat,abang beli banyak hadiah tau untuk sayang dan anak-anak,macamna anak-anak kita,sihat ke? nakal-nakal tak?” Tanya suaminya. “Biasa la bang macam biasa la nakal budak-budak,cuma Azli tu je…lalu,tutt..tutt..tutt..Hello bang?? Hello??.
Tiba-tiba telefon berdering, “Hello?”Jamariah mengangkat telefon, “awak ni isteri Khalid ke?”. “Ye,saya isterinya,kenapa?”. “Harap bersabar ye Puan.flight yang suami Puan naik terhempas masa perjalan ke sini,suami Puan memang tak dapat diselamatkan”.Ya..Allahh..!!Astgahfirullahalazim..!!,ganggang telefon terlepas dari tangan Jamariah,terjelepuk tubuhnya ke lantai,dunia rasa bagaikan hitam dan kelam,a,,banggg…a..banggg..!!huk…huk..huuk.. kenapa abang tinggalkan Jamariah,macamana Jamariah nak teruskan hidup tanpa abang disisi dengan anak-anak kita bang..
Jamariah terus menangis,air mata bercucuran tak henti-henti..Jamariah tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja suaminya sudah tiak ada lagi,tetapi Jamariah terima dan redha jugak,kerana semua ini adalah takdir dari Allah. “Semoga roh abang ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin,betul kata abang,cintakan manusia,manusia akan pergi,tapi cintakan Allah,kekal buat selama-lamanya”. “Jamariah akan jga anak-anak kita baik-baik ye”.maafkan dosa-dosa Jamariah ye”..
Azli kini sudah melanjutkan pelajaran di Universiti luar negara,kakaknya hanya membantu ibunya di rumah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dan perbelanjaan pengajiaan Azli,cukuplah duit peninggalan arwah suaminya dan sebuah warung kecil yang di buka di kampung. “Puteri ,adik kamu ada menelefon?”.tanya ibunya. “Belum lagi la ibu,cuma last hari tu masa dia suruh masukkan duit”.Jawab Puteri.
Genap 5 tahun,Azli tamat pengajian dalam bidang kedoktoran.Kepulangannya sangat dinantikan oleh ibu dan kakaknya,ring.. ring.. “Hello ibu! Azli nak balik hari ni”, “Oh,yeke,anak ibu nak balik ye,nanti ibu masakkan masakan yang sedap-sedap ye..,nanti ibu pergi jemput dengan kakak di stesyen bas ye..”.Balas ibunya..”Eh,tak payah ibu,nanti Ali boleh suruh kawan hantarkan ye”..
Sudah sebulan Azli duduk di rumah,namun masih belum di tawarkan apa-apa tawaran lagi,Azli buntu,puas memikir dan meminta kerja,tapi belum ada rezeki lagi. “Azli,buat sementara waktu ni,kamu kerja apa-apa je ye,yang penting kerja tu halal dan tak melalaikan kita dari mengingati Allah”.Cadang ibunya. “Ish! ibu ni mana boleh,Azli kan keluaran Universiti bidang kedoktoran,mana standard kerja lain kan”. “Ibu bukan apa Azli,ibu tengok kamu sekarang tak nampak pun kamu sentuh tikar sejadah dan tak baca Al-Quran pun,kamu dah tak solat ke Azli?”.
“Ala ibu ni,cikit-ckit nak membebel,dari kecik sampai ke besar membebel je kerje nya,bosan le cmni,masa kat Universiti dulu,tak de siapa pun nak mebebel-bebel macamni tau,bosan le kalau macamni,ni yang susah duduk dengan ibu,Azli tahu le jaga diri Azli,dosa pahala Azli yang tanggung,ibu tak tak payah la nak bising-bising,ibu jaga la anak kesayangan ibu tu elok-elok!! “ Begitu tersentap sekali Jamariah mendengar jawapan dari anak lelakinya itu,inikah balasan yang aku terima selama aku membesarkan dia? bagi duit tiap-tiap bulan sehingga berjaya sekarang.
“Ibu Azli nak pinjam duit la,nak buka klinik sendiri,susah la macamni,sekurang-kurangnya ada klinik sendiri,boleh jugak beli kereta dan rumah besar”. “Ibu mana ada banyak duit Azli,ni pun cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga je,” Ahh!! Ibu ni suka nak tipu Azli! Ayah kan ada tinggalkan kita tanah,ibu jual la tanah tu duit tu bagi le Azli pinjam,nanti Azli bayar lah blik,bukannya Azli tak bayar!” “Ibu tahu Azli,ibu memang nak sangat tolong tapi duit tu…”Belum sempat Ibunya habis bercakap lalu di tolak ibunya jatuh ke lantai..”
Aahhh!!..Azli terus mengherdik dan meninggikan suara sudahlah bu! ibu memang berkira dengan Azli,dengan kakak semua ibu bagi,dengan Azli semua tak boleh,Azli tahu ibu nak bagi semua tu kat kak kan?’ sudahlah pergi berambus lah korang berdua ni,lebih baik aku keluar dari rumah ni,menyusahkan aku je”, Azli jangan pergi nak! ibu sayangkan kau nak,ibu tak nak kehilangan kau nak,kau lah satu-satunya anak lelaki ibu,ibu tak ambil hati pun apa yang kau buat kat ibu,cuma ibu minta sangat kamu jangan tinggalkan ibu nak”.jangan nak..jangan pergi!!..
”Azli jangan buat ibu macam ni,kasihan la kat ibu kita dik! kalau kau benci kak sekali pn janganlah buat ibu mcamni,ibu dah ckup derita tunggu kau,rindukan kau,janganle tinggalkan ibu ,kak tau kak banyak silap,kak minta maaf,kak mengalah”..”Ahh!! sudahlah,kak dengan ibu sama saja..” Azli terus mengambil beg dan keluar dari rumah tanpa menghirauakn rayuan ibunya..”Azli….”
Kini,Azli sudah bergelar seorang doktor pakar di sebuah kota metropolitan,dan Azli juga sudah ada isteri dan kekeyaan sendiri. “Abang,bila kita nak jmpa mak abang?selama kita kahwin,tak pernah mah jumpa mak abang,teringin jugak nak jumpa”, “mah, mak abang kan dah tak de,dahle janganle kita cakap pasal ni lgi ye,nanti kita pergi bercuti di London ye”.
Satu hari,Azli menerima surat dari posmen,alamatnya dari kampungnya,dalam surat tu ada tulis wasiat,Azli tanpa memikir panjang terus bergegas mahu pulang ke kampung,dalam benak hatinya memikirkan mungkin ibunya dah meninggal,mungkin dia ada tinggalkan wasiat untuknya.
Sesampai di rumah,orang ramai berkumpul di halam rumahnya,Tapi Azli sepeti tak kisah apa yang berlaku,lalu dia di sapa oleh jirannya, “Balik jugak kau ye Ali! sabar ye Azli,Ibu kau dah tak de”,Azli hanya terdiam,timbul sedikit serba salah di hatinya. “Nah! ni ada surat ibu kau bagi masa dia sakit dulu,kau baca la isi surat tu”.Azli pun membuka lembaran surat yang di beri oleh ibunya…
….Ke hadapan anakandaku Azli,yang ibu sayangi,yang ibu cintai,diharap surat ini dapat dibaca oleh kamu nak.Untuk pengetahuan Azli,masa kamu di lahirkan,Kamu susah sangat nak dilahirkan,smpai ibu terpaksa bertarung nyawa 12 jam baru dapat lahirkan kamu.Ibu fikir mungkin kamu ni seorang yang istimewa dan bakal menjadi seorang anak yang soleh,hilang segala kesakitan ibu apabila melihat kamu dilahirkan.Masa tu ibu banyak kehilangan darah.Doktor,cakap ibu perlukan darah sebab keadaan ibu kritikal,kalau anak ibu ni ada mesti dah jadi doktor ibu kan??Kakak kamu nak dermakan darah untuk ibu,tapi doktor cakap tak boleh,sebab dia masih kecil,alhamdulillah,ada orang yang sudi dermakan darah.Bile ayah melihat kamu,ayah terus melaungkan azan ke telinga kamu,mudah-mudahan kamu menjadi seorang anak yang soleh.Ibu sangat gembira dengan kelahiran kamu,hilang sakit ibu melihat kamu,dan ibu bersyukur sangat-sangat pada Allah dikurniakan kamu.Kamu terus membesar di hadapan ibu,ibu masih ingat lagi,satu hari tu kamu demam panas sangat,ayah kamu tak ada pergi outstasion,masa tu hujan lebat sangat,ibu tinggalkan kamu bersama kakak kamu di rumah,ibu terpaksa meredah hujan lebat,dalam hati ibu,ibu hanya hanya fikirkan pasal anak-anak ibu je,ibu tak sanggup melihat kamu sakit atau menderita,yang penting nyawa anak-anak ibu selamat.Masa perjalanan pulang dari klinik tu,ada sebuah motor terlanggar ibu,lalu ibu tersunggkur dalam longkong,masa tu tak ada sesiapa yang nak tolong ibu,sebab hujan lebat sangat,tapi ibu tak ada apa-apa,cume luka-luka di tangan dan di kepala je,tapi ibu kuatkan diri juga sebab memikirkan kamu berdua di rumah.Ibu selalu marahkan kamu,bile ibu marah je,kamu selalu kata yang ibu ni pilih kasih dan lebihkan kakak kamu.Sebenarnya ibu bukan macam tu,ibu sayang kedua-duanya.Ibu marah sebab nak didik anak-anak ibu,ibu takut sangat anak-anak ibu ni leka dan tersesat jauh,mana ada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya nanti di humban ke neraka di hadapannya,sedangkan kamu baru sakit sikit je ibu dah tak boleh tengok,sebab ibu sayang sangat-sangat anak ibu.Sebab anak ibu adalah harta ibu yang paling berharga dalam dunia ni.Ibu tak nak apa-apa harta dari anak ibu,cume kasih sayang je yang ibu mahukan.Biar lah anak ibu ni tak sehebat mana pun dipandangan orang,yang penting ibu nak anak ibu seorang yang baik dan soleh.Untuk pengetahuan kamu jugak,kakak kamu selalu mengalah pasal kamu,sebenarnya ibu bukan nak lebihkan kakak kamu,tapi ada satu rahsia yang ibu tak bagitahu pada kamu,ibu takut kamu risau nanti. Sebenarnya,ibu nak selalu bagi perhatian pada kakak kamu sebab kakak kamu menghidapi penyakit paru-paru berlubang, sebab tu ibu tak nak bagi dia susah,dan ibu nak sentiasa gembirakan dia,lagi pun ibu tak risaukan kamu sebab anak ibu ni kuat,kakak tak kuat sangat,doktor cakap,kakak kamu mungkin tak dapat hidup lama bile meninggkat dewasa nanti,tapi ibu terharu sangat melihat ketabahan kakak kamu,biar pun dia sakit macam tu, tapi dia boleh menghadapinya dengan kuat dan menjaga kamu.sebenarnya kakak kamu tak pernah merungut langsung pasal kamu,sebab tu dia sentiasa mengalah pada kamu,sebab kamua adiknya.Tapi ibu tahu kamu selalu tak nak mengalah dengan kakak kan?Sampai lah kamu dapat tawaran sambung belajar ke luar negara.Sebelum tu kakak kamu pun memang dapat tawaran untuk sambung belajar jugak,tapi bile memikirkan masa depan kamu,kakak korbankan pengajian dia,tak pe lah,sekurang-kurangnye kakak dapat bantu ibu di rumah kan.Masa kamu belajar, ibu selalu suruh kakak masukkan duit dalam bank,ibu selalu tanya kakak samaada kamu ada telefon ke tidak,Ibu tahu kadang-kadang kakak saja nak jaga hati ibu dan tak nak bagi ibu risau,kakak cakap kamu ada telefon,tapi tak pe,ibu faham kamu sibuk belajar kan…Ibu tak nak pelajaran anak ibu terganggu..Saat yang di nanti oleh ibu dan kakak tibe,berita tentang kepulangan kamu memang sentiasa di nantikan,perasaan rindu ibu ni Allah sahaja yang tahu,ibu lah orang pertama yang paling gembira.Macam-macam ibu masakan untuk kamu nak,ibu masih ingat lagi,masa kecik-kecik dulu kamu suke sangat makan sup ayam dengan ikan keli masak lemak,berebut-rebut kamu dengan kakak nak ibu suapkan,yela orang cakap air tangan ibu ni manis..Tapi bile kamu dah balik,kamu jamah cikit je makanan kegemaran kamu,ibu fikir mungkin kamu tak biasa lagi nak makan makanan kampung kan,ibu tersenyum je..Sampailah satu masa,kamu tiba-tiba je marahkan ibu dan kakak pada malam tu,mungkin kamu masih ingat kan,Azli nak minta duit dari ibu,tapi belum sempat ibu habis ckap Azli mengamuk kan.Sebenarnya memang ibu nak jual tanah ayah kamu,tapi duit tu ibu nak gunakan untuk pembedahan kakak kamu,kosnya agak tinggi sikit,ibu bukan tak nak bagi,tapi ibu kesiankan kat kakak,tapi kakak lagsung tak tahu yang ibu nak guna kan duit tu untuk pembedahannnya.Semenjak Azli keluar dari rumah ibu langsung tak dapat khabar dari kamu,Azli merajuk dengan ibu ye? Ibu tahu,tapi ibu tak ambil hati pun,sebab ibu sayang anak ibu.Sampailah satu hari tu,kakak tiba-tiba sakit tenat,ibu cepat-cepat nak hnatar kakak pergi hospital,tapi kakak cakap tak payah,kakak ckap kita tak ada duit,msa tu baru ibu cerita yang duit tanah tu untuk pembedahan kakak.Kakak terdiam,kakak cakap.”tak pe lah ibu,kakak rasa kakak dah tak tahan lagi,kakak nak bagi je semua duit tu pada adik,sebab adik adalah harta kakak,kakak halalkan segala-galanya dan kakak maafkan segala silap dan salah adik,kakak minta maaf banyak-banyak ye ibu,halalkan susu ibu dan segalanya,doakan kakak ye ibu,semoga kakak dapat berjumpa ibu nanti”.Itulah kata-kata terakhir dari kakak…Masa tu ibu sedih sangat,kakak dah tinggalkan ibu,ibu hidup keseorangan,masa kakak ada dulu dia selalu bantu ibu,sedikit pun tak pernah bantah,kakak memang seorang anak yang baik.,tanpa ibu sedari air mata ibu menitis semasa menulis surat ini..Ibu hanya ada kamu je,ibu selalu tunggu di pintu,kadang-kadang diseberang jalan,tapi adik tak balik-balik jugak..ibu rindu sangat kat adik!Di suatu petang tu,tiba-tiba badan panas sangat,ibu dah tak dapat lagi nak tnggu azli macam biasa,ibu hanya berserah dan berdoa kepada Allah je,Ibu selalu doakan kesihatan dan kebahgiaan Azli,rupanya Allah sayangkn Azli,dia berikan segala-galanya..dan ibu berdoa supaya suatu hari nanti Azli dapat pulang sini..Akhir sekali dari ibu,ibu dah wasiatkan segala-galanya pada mu nak,ibu tak ambil sedikit pun,begitu jugak kakak,semuanya untuk adik ,dan hadiah yang paling istimewa yang ibu nak bagi,dan tiada ternilai dengan harta dunia adalah.. keredhaan dan keampuanan dari seorang ibu,Azli dah banyak buat silap pada ibu dan adik belum sempat meminta ampun dari ibu,tapi ibu dah bagi hadiah ni pada adik,ingat adik, “Syurga tu di bawah tapak kaki ibu”.Itulah harga yang tak ternilai yang ibu nak bagi..Ibu dah halalkan susu ibu,penat lelah ibu pada Azli,Azli didiklah anak Azli baik-baik ye nanti,dan wasiat ibu yang terkahir,ibu tak nak minta apa-apa,cuma ibu nak Azli sentiasa hadiahkan bacaan Al-Quran dan sentiasa mendoakan untuk ibu ye,itu lah hadiah yang ibu nak minta dari Azli…Mudah-mudahan selepas ini Azli akan berubah dan menjadi seorang yang soleh…Sekian dari ibumu yang
Mengasihi dan merindui kamu
Azli terjelepuk jatuh ke tanah,air matanya begitu deras mengalir,dunia ini kelam ibarat sudah tidak berharga lagi baginya,dia begitu menyesal,dia meraung seperti kanak-kanak.. ”ibuuuuu…….ibuu……ibuuuuu……kakak….”maafkan adik,adik menyesal bu….”tapi nasi sudah menjadi bubur,segala memori dulu bermain di fikirannya,hanya linangan air mata yang bercucuran .Yang mampu hanya mendoakan dan mensedekahkan bacaan Al-Quran buat ibunya…..
sekian,wassalam…
No comments:
Post a Comment