Monday, 14 May 2012
MARI KITA SOLAT SUNAT DHUHA
Apa itu solat sunat dhuha ?
Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang
(Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Niatnya:
“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan doa selesai solat:
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
HURAIAN:
Surah yang digalakkan dibaca oleh para ulama’ ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Tetapi jika kita tidak menghafal surah-surah tersebut, tidak mengapa kerana tidak kira apa bacaan yang kita baca ketika solat mestilah dengan niat yang IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana hendak rezeki yang banyak tetapi niatkan semata-mata untuk lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang maha esa.
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah :
“ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Saranan :
1. Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
2. Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
3. Tetapi, jika kedua-dua nya kita tidak menghafal, kita juga boleh membaca apa-apa sahaja surah yang dihafal contohnya Al-Falaq.
Seterusnya, walaupun bilangan rakaat hingga ke 12 rakaat, kita boleh melakukan mengikut kemampuan. Marilah kita berpegang dengan hadith Nabi:
Dari Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda, “Tingkatkanlah amalmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, karena amal seseorang tiada dapat memasukkannya ke surga.” Tanya para sahabat, “Amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?’
Jawab Rasulullah, “Amalku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Dan ketahuilah, bahwa amal yang paling disukai Allah ialah amal yang dikerjakan secara terus-menerus walaupun sedikit.” (HR. Bukhari, Muslim dan Nasa’i).
Oleh yang demikian, marilah kita mulakan dengan bilangan rakaat yang kecil tetapi istiqamah (berterusan) mengerjakaan ibadat sunat khususnya solat sunat dhuha kerana Rasulullah s.a.w sangat menitikberatkan solat dhuha yang dapat dilihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada beberapa sahabatnya antaranya Abu Hurairah r.a supaya melakukannya secara rutin dan berkekalan, sebagaimana hadis di bawah.
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur –
(HR Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)
Selain itu, kita juga boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus kerana doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment