Ibu
bapa pasti ada masanya merasa geram dan hilang sabar dengan kerenah
anak kecil yang kadang-kadang menangis, meragam dan sebagainya. Pastinya
kita sebagai ibu bapa tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi yang
terganggu.
Mendidik
anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap
perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan
wajib dididik dengan sebaiknya.
Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?
1-
Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun
masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok,
atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka
tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan
sebaiknya.
2-
Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan
menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin
memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan
kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang
membuatkan anak menangis.
3-
Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut
perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita
membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga
percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan
daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.
4-
Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami
isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang
Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.
5-
Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita,
pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang
bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.
6-
Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika
merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa
untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat
bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak
kembali.
7-
Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan
meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi
hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana
anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.
8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.
9-
Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar
dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah.
Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.
10-
Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak
mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi
masa dan kasih sayang kepada mereka.
Anak-anak
anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah
mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di
akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment