Monday, 30 April 2012

Bahan Seminar PMR Pendidikan Islam 2012

Khusus Buat pelajar PMR Pendidikan Islam : SMK Saujana Indah

45/1 KERTAS 1 ( PENDIDIKAN ISLAM)

PENGENALAN

Nombor Kod dan Nama subjek ;

45 - Pendidikan Islam
45/1 – Kertas 1 ( Bertulis)
* Bahagian A : 1 &2(Pilihan/20m)
* Bahagian B : 3,4,5,6. (80m)
Masa Menjawab: DUA JAM ( 2 JAM )

45/2 – Kertas 2 ( Kerja Kursus )
* Bahagian Tilawah/Hafazan (30%m)
* Bahagian Akhlak (20%m)
Masa Ujian: Mula dari Bulan Februari

PAFA (WAJIB LULUS)

Jumlah Markah Penuh:100% (99%).

• Pendidikan Islam merupakan subjek wajib dan mesti diambil oleh setiap pelajar beragama Islam. Subjek Pendidikan Islam mempunyai beberapa bahagian yang mesti diberi penekanan dan perhatian.
• Bahagian Pertama;
Ujian bertulis yang mengandungi Bahagian Tilawah, Hadis, Jawi, Ayat Hafazan, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak Islamiah.

• Bahagian Kedua;
Kerja Kursus; Ujian Tilawah Dan Hafazan,Akhlak Islamiah dan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).


Menganalisis Soalan
1. Cuba analisis soalan yang pernah keluar tahun-tahun lepas contoh 5 Tahun sebelum. Contoh analisis (PMR2000-06).
2. Mengenalpasti bentuk dan format soalan (perubahan selepas semakan semula)
3. Beri penekanan tajuk-tajuk penting setiap bahagian;

Contoh
i. Pengertian
ii. Faktor-faktur/ Sebab-sebab/ Kesan-Kesan
iii. Langkah-langkah yang perlu diambil
iv. Hikmah-hikmah
v. Cara-cara mengamal, mengatasi.
vi. Ciri-ciri/ Sifat-sifat
vii. Pengajaran/ Penghayatan
iix. Susunan rukun/ Susunan Tarikh dan Rentetan Peristiwa/Susun Ayat
ix. Sumbangan Tokoh
x. Peristiwa-peristiwa yang pernah dialami (Bukti)

Mengkaji Kehendak Soalan Dan Peraturan Pemarkahan
1. Mengkaji struktur soalan dan teliti dengan markah bagi menentukan bentuk dan jumlah jawapan

Pemarkahan Ujian Bertulis
Bahagian di dalam kertas bertulis Pendidikan Islam;

Bahagian-bahagian* itu ialah:
1/2. * Tilawah(ayat kefahaman) - 10 Markah
* Hadis - 06 Markah
* Jawi - 04 Markah
3. * Aqidah - 14 Markah
* Ayat Hafazan - 06 Markah
4. * Ibadah - 20 Markah
5. * Sirah - 20 Markah
6. * Akhlak Islamiah - 20 Markah
_________________________________________________ 100(99)Markah
_________________________________________________





2. Hafaz kata kunci

a. Soalan sebab, punca, faktor yang mendorong.
• Baik;
1. Iman yang kukuh dan mantap
2. Mendapat didikan agama dan kasih sayang ibubapa yang sempurna
3. Masyarakat yang prihatin dan penyayang
4. Cintakan ilmu pengetahuan

• Buruk;
1. Iman yang lemah
2. Kurang kasih sayang ibu bapa
3. Pengaruh rakan sebaya
4. terpengaruh dengan media massa
5. tidak melaksanakan hukum dan perintah Allah
6. Tidak menghayati ajaran Al-Quran dan Al-hadis


b. Soalan kesan,akibat buruk terhadap diri/ keluarga/masyarakat/Negara/agama;

Diri;
1. Dibenci dan dimurkai Allah
2. Tidak beroleh rahmat daripada Allah
3. Dihina oleh masyarakat
4. Maruah diri tercemar
5. Jiwa tidak tenteram
6. mempunyai akhlak yang buruk

Keluarga;
1. Maruah keluarga tercemar
2. Keluarga jadi porak peranda
3. Wujud perasaan benci membenci antara satu sama lain


Masyarakat;
 1. Masyarakat jadi kucar kacir
2. lemah dan mundur
3. Timbul pergaduhan dan permusuhan

Negara;
1. Negara mundur dan lemah
2. Ekonomi Negara akan merosot 3. Negara tidak stabil
4. Negara senang dijajah oleh pihak lain

Agama;
1. Maruah agama tercemar
2. Umat Islam mundur
3. Agama Islam dipandang hina oleh agama lain
4. Sukar mengembangkan agama Islam

c. Soalan kesan baik/ hikmah/ faedah/ kepentingan / Kebaikan
• Kata Kunci;
1. Sentiasa dimulia dan dikasihi Allah
2. Sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah
3. Dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat
4. Memiliki jiwa yang tenang, aman dan tenteram
5. Mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
6. Menjadi contoh kepada orang lain
7. Senang berurusan dengan orang ramai
8. Mudah mendapat pertolongan Allah SWT.
9. Sentiasa prihatin terhadap orang lain
10. Dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama Muslim (atau sifat mahmudah yang lain).

d. Soalan mengenai ciri/ sikap/ sifat
• Kata Kunci;
1. Bertawakkal setelah berusaha
2. Redha dengan ketentuan Allah
3. Sabar dengan ujian Allah
4. Qonaah dengan pemberian Allah
5. Bersyukur dengan apa yang dimiliki
6. Amanah terhadap tanggungjawab
7. Ikhlas dalam melakukan sesuatu
8. Rajin berusaha
9. Tidak mudah berputus asa
10. Istiqamah dalam melakukan pekerjaan.

e. Soalan mengenai cara mengatasi
• Kata Kunci;
1. Menguatkuasakan undang-undang/ mengetatkan undang-undang
2. Mengenakan hukuman yang berat dan setimpal
3. Melaksanakan hukum Islam yang ditentukan di dalam syariat Islam
4. Membaca dan menghayati Al-Quran
5. Mengamalkan cara hidup yang ditunjuk oleh Rasulullah dan para sahabat baginda
6. Mewujudkan masyarakat prihatin
7. Memberi teguran dan nasihat
8. Mengadakan kempen seperti iklan, pameran, ceramah dan lain-lain
9. Mengawal media massa
10. Mengawal pergaulan dan hiburan yang keterlaluan
11. Membentuk Rakan Pembimbing Rakan Sebaya
12. Ibubapa berperanan mendidik anak-anak mereka dengan asas agama dan nilai-nilai murni.
f. Cara mengamalkan;
- mesti menggambarkan perlakuan
- guna awal me/ men/ meng/ ber dll.

• Melaksanakan tuntutan Allah SWT
• Sentiasa mengerjakan solat berjamaah di masjid
• Bersatu menentang kebathilan dan perkara mungkar
• Saling ziarah-menziarahi / menghubung silaturrahim di antara ahli keluarga
• Mengamalkan budaya bersalaman dan mengucap salam
• Saling nasihat-menasihati dan ingat-mengingati
• Mengingati Allah dengan zikrullah dan bersyukur

g. Hafal glosari / istilah dalam Islam
Contohnya;
• AQIDAH
Nama-nama Allah, sifat-sifatnya, Malaikat, nama rasul, nama syurga, nama neraka, nama kiamat dll.

• IBADAH
Solat, qiamullail, tahajjud, tawarruk, iftirasy, wuduk, tayammum, mandi junub (janabah), witir, rawatib, qailulah, hadas kecil, hadas besar, fardu, sunat, makruh, harus, haram, sah, batal, fardu ain, fardu kifayah, jamak, qosar,…..dll


3. Mengenalpasti perkara yang boleh dan tidak boleh ketika menjawab dan menulis jawapan pada kertas jawapan

3.1. Panduan Menjawab Soalan

Soalan perbandingan
1. Buat kotak atau petak
2. Pasangannya mesti sesuai dan betul. Jika pasangan salah dikira salah
3. Mesti ada perbezaan
4. Jika jawab sebelah sahaja pun salah

Soalan hukum dan alasan
1. Nyatakan hukum seperti sah, batal, haram, wajib, sunat, harus, makruh. Salah jika tulis boleh, tidak boleh.
• Berikan alasan berdasarkan rukun, syarat sesuatu masalah.
• Jika hukum betul, alasan salah dapat markah hukum sahaja tapi jika hukum salah, alasan betul dianggap salah semua.

Tulisan Jawi
1. Kuasai kaedah penulisan jawi
2. Ditulis bersambung dalam perkataan


Susun Ayat Hafazan
1. Susun ayat mesti mengikut tertib ayat seperti dalam al-Quran.
2. Susun nombor sahaja dari kiri ke kanan atau atas ke bawah.

Soalan Rukun
1. Hafal rukun dengan ikut tertib, tidak boleh bertukar.
2. Susun dengan tertib



Soalan KBKK
(Faktur, Sebab, Alasan, Cara-cara, Ciri-ciri, Kesan buruk, Kesan Baik)

1. Hafal kata kunci
2. Jawapan kepada soalan cara-cara mesti menunjuk dan menggambarkan perlakuan

Soalan berdasarkan ayat
1. Baca isi kandungan ayat dan jawab berdasarkan apa yang terkandung dalam ayat tersebut. Jangan mengada-ngada fakta sendiri.
Soalan bukti, pengetahuan dan kefahaman
1. Fakta yang khusus dengan soalan seperti tokoh, contoh, pengertian dan lainnya.
2. Jangan memandai-mandai dan beri fakta umum.
3. Kepentingan Memahami Struktur soalan

4.1. Memahami struktur soalan dan pemarkahan sangat penting supaya;
1. Tidak tertinggal soalan ketika menjawab
2. Menentukan jumlah isi jawapan
3. Memudahkan buat semakan
4. Menjimatkan masa
5. Tahu perkara yang disukai oleh pemeriksa kertas.

5. Teknik Menjawab Soalan

5.1. PERINGATAN SEBELUM
1. Kalau boleh tulis jawi. Tulisan jawi digemari oleh pemeriksa tetapi tidak memberi kesan kepada markah.
2. Penuhkan dokumen-dokumen dengan lengkap dan jelas. Boleh tulis Basmalah dan Salam.
3. Mulakan dengan doa mudah-mudahan dilapang dada, dibuka fikiran dan ilham dan mendapat petunjuk Allah SWT.
4. Pastikan semua peralatan seperti kertas jawapan, tali pengikat, pembaris dan ballpen ada.

5. Agihkan masa: * 5 minit untuk membaca soalan keseluruhan
* 20 minit untuk menjawab setiap bahagian.
(1 jam 40 minit untuk jawab soalan)
* 10 minit buat semakan jawapan
* 5 minit buat urusan teknikal

5.2. PERINGATAN SEMASA
1. Pastikan tidak tulis apa-apa pada ruangan yang bertulis"jangan tulis apa-apa di ruangan ini" dan tinggalkan lapan baris kosong pada helaian pertama kertas jawapan untuk pemeriksa menulis markah.
2. Baca soalan dengan teliti dan habis. Garis isi dan perkataan penting dalam soalan
3. Jawapan mesti ditulis dalam bentuk fakta dan bukannya karangan.
4. Jawapan mesti ditulis dalam bentuk nombor dan ke bawah
5. Tulisan pelajar mestilah kemas, bersih, tidak kecil, tidak berbunga-bunga, tidak guna simbul dan huruf ringkas seperti " yg., o n dll", tidak guna pen dakwat cair kerana ia mengganggu jawapan dimuka surat sebelahnya dan jangan guna pensil kerana boleh tanggal dan terpadam jawapan.
6. Selang sebaris atau dua baris selesai menjawap soalan
7. Mulakan muka surat baru untuk nombor soalan yang berlainan
8. Guna ke dua-dua belah muka surat kertas jawapan
9. Bawakan ballpen lebih dan pembaris untuk buat petak pada soalan perbandingan atau perbezaan. Guna ballpen biru dan hitam sahaja.
10. Jangan guna liquid paper jika salah atau batal jawapan. Garis
dengan satu garisan sahaja.
11. Rajinlah menulis dan cuba jawab semua soalan; tetapi elakkan daripada tulis sepatah perkataan sahaja, sebut amalan wajib sahaja, beri jawapan yang tersirat dengan harapan pemeriksa akan faham dan mengulang jawapan yang sama maksudnya dalam satu jawapan.
5.3. PERINGATAN SELEPAS

1. Ambil masa 10 minit untuk buat semakan jawapan
2. Ambil masa 5 minit untuk buat semakan teknik menjawab, pastikan tiada soalan tertinggal dan nombor soalan dan jawapan betul. Tulis nombor setiap muka surat dan semua dokumen seperti no. kad pengenalan, angka giliran dan nama subjek ditulis lengkap dan sempurna.
3. Susun kertas jawapan mengikut tertib, ikat mati dengan benang yang diberikan walaupun jawapan anda hanya sekeping sahaja atau dalam buku jawapan.
4. Jangan tulis seni kata lagu dan sajak, merayu pemeriksa, melukis kartun dan menggaris jawapan dengan ballpen merah. INGAT ANDA SEDANG MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM BUKAN PENDIDIKAN SENI.

Sekian terima kasih selamat maju dari 
Mohd Zaidi Mohd zain 
Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKSI 2012

No comments:

Post a Comment