|
Saturday, 1 November 2014
Contoh Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Bahagian Ibadat )
Contoh Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Bahagian Akidah)
Dua contoh syirik khaffi
- Riak/menunjuk-nunjuk
kehebatan diri
- Ujub/mengkagumi diri sendiri
- Takbur/membangga diri
Dua akibat Islam melarang
perbuatan syirik khaffi
- Dibenci oleh masyarakat
- Hilang kawan atau sahabat
- Sukar mnerima pandangan orang
lain
Dua cara anda menghindarkan
diri daripada perbuatan syirik khaffi
- Sentiasa melakukan perintah
Allah dengan ikhlas
- Mendampingi para guru
agama/ulamak
- Sentiasa
berzikir/tahmid/tasbih
- Menunaikan ibadat-ibadat
sunat
- Sentiasa membaca al-Quraan
- Mengelakkan diri daripada
berkawan dengan mereka.
- Sentiasa bermuhasabah diri
Maksud Syiah
- Ialah golongan yang mendorong
cita-cita untuk menjadikan saidina Ali Karama Allah Wajhah sebagai khalifah rasulullah
SAW
Dua kesan kepada umat Islam
hari ini daripada perbuatan di atas.( ajaran sesat)
- Umat Islam berpecah belah
- Negara Islam kucar kacir
- Hidup umat Islam tidak tenang
- Berlaku peperangan di antara
Umat Islam
Usaha yang perlu dilakukan
untuk menjauhi perbuatan yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba’
- Mempelajari asas akidah
berdasarkan kitab ahli as-Sunnah Wal Jamaah yang muktabar
- Belajar daripada guru yang
diikhtiraf keilmuan dalam bidang akidah.
- Menjauhkan diri daripada
orang yang mengamalkan syiah
- Menunaikan perintah Allah
secara berterusan
- Membina ketahanan akidah
dengan berdoa
Hukum merompak
- di potong tangan jika mencukupi
syarat
Pandangan anda mengenai- Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan
bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.
- Tidak wajar -
- Perlu diserahkan kepada pihak yang berkuasa
- Hendaklah di hukum mengikut syariat Islam
- Apabila di bunuh tidak akan dapat
menyelesaikan masalah
- Mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap
persekitaran
Cara mengatasi masalah
merompak
-
Menguatkuasakan undang-undang Islam
supaya orang ramai takut untuk melakukannya
-
Masyarakat Islam perlu mendapat
pendidikan agama yang secukupnya supaya tahu tentang dosa dan pahala
-
Remaja hendaklah menjaga pergaulan mereka
supaya tidak terpengaruh dengan mereka yang mengamalkan perbuatan negatif
Maksud golongan Khawarij
- Golongan yang menyokong
sayidina Ali yang menentang golongan Muawiyah tetapi tidak menerima majlis
tahkim
Perbezaan antara golongan
Khawarij dan ahli Sunah Wal Jemaah berkaitan dengan sumber syariat dalam Islam
- Khawarij membataskan syariat
Islam hanya kepada al-Qur’an Sahaja
- Ahli Sunah Wal Jemaah
menjadikan al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan Syariat Islam
Dua akibat berpegang kepada
ajaran yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.
- Akidah akan terpesong dari
ajaran yang sebenar
- Amalan tidak diterima Allah
- Hidup tidak diredhai Allah
Maksud khurafat .
-Kepercayaan dan perbuatan karut
yang dianggap pempunyai hubungan dengan Islam/ (1m) sedangkan pada hakikatnya bertentangan
dengan konsep tauhid dan syariat Islam. (1m)
dua akibat perbuatan
khurafat terhadap individu
1. Menyebabkan seorang itu
menjadi syirik
2. Menyebabkan iman seseorang
terbatal
3. Membazir masa/ harta/ tenaga
dengan perkara yang sia-sia
4. Menyekat akal berfikir
secara logik
banyak perkara khurafat dilakukan oleh umat
Islam berhubung pengurusan uri.
Antaranya,
menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan agar bayi tersebut cepat
pandai. Ada juga yang menanam uri bersama benda tajam untuk mengelak bayi
menangis.
Pandangan saya
1. Perbuatan yang diharamkan
dalam Islam
2. Siapa yang melakukannya akan
masuk neraka
3. Orang yang melakukannya akan
berdosa
4. Masyarakat akan ketinggalan
zaman
5. Paku tidak akan memberi
apa-apa kesan / kemudaratan / kebaikan
6. Mustahil pensil boleh
memberi kesan baik / buruk
Contoh ajaran sesat
1. Bahai
2. Taslim
3. Qadyani
4. Ayah pin
5. Rasul Melayu
Ciri-ciri ajaran sesat
1. Mencemar kesucian al-Quran
dan Hadith
2. Mengubah prinsip asas akidah
Islam
3. Mendewa-dewakan pemimpin
4. Menolak perkara qatie dalam
Islam
5. Mengubah bentuk-bentuk
ibadah
6. Mengubah konsep dosa dan
pahala
7. Mendakwa boleh melakukan
perkara pelik
8. Mendewa-dewakan sesuatu
swelain Allah
9. Menolak Hadith Mutawatir
Langkah-langkah untuk
menangani ajaran sesat
1. Melengkapkan diri dengan
kefahaman Islam / melalui proses pembelajaran secara formal
2. Menyebarkan ajaran Islam /
melalui pelbagai kaedah
3. Penguatkuasaan undang-undang
secara bersepadu / antara semua pihak
4. Mengadakan program pemulihan
akidah / khusus bagi mereka yang terlibat dengan ajaran sesat
Cara
murtad boleh berlaku melalui perbuatan.
1.
Menganut agama lain / keluar dari Islam.
2.
Membantu menyebarkan agama lain.
3.
Memakai lambang keagamaan agama lain.
4.
Sujud kepada makhluk.
5.
Amalkan upacara kebesaran agama lain.
Dua kesan perbuatan murtad terhadap individu.
1.
Batal iman.
2.
Haram menerima harta pusaka.
3.
Jenazahnya haram dikebumikan diperkuburan Islam.
4.
Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
5.
Amalannya tidak diterima oleh allah.
6.
Dimurkai oleh Allah
7.
Boleh dijatuhkan hukuman bunuh.
Dua usaha yang perlu anda sebagai pemimpin masyarakat
lakukan untuk mengelakkan amalan tersebut daripada berleluasa
1.
Memberi nasihat / kesedaran supaya bertaubat/ kembali kepada Islam.
2.
Menyebarkan risalah-risalah yg mengandungi keburukan murtad.
3.
Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis- majlis ilmu .
4.
Melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan kejadian murtad.
5.
Menerangkan tentang kesan buruk murtad .
6.
Memberi perlindungan /bantuan sekiranya dia muallaf
Maksud iman dari segi istilah :
Membenarkan
di dalam hati, berikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.
Dua ciri orang yang bertambah iman:
1. Mempunyai
ilmu pengetahuan -tentang Allah dan rasulNya.
2.
Banyak melakukan ibadat sunat – seperti membaca al-quran dan qiamullail/solat
sunat
3.
Sentiasa berzikir kepada allah- seperti Bertakbir, bertahmid, bertasbih,
bertahlil.
Namakan
dua kumpulan syiah selain daripada Syiah Imamiyah:
1.
Syiah Zaidiyah
2.
Syiah Bathiniyah
Dua
pegangan Syiah Imamiyah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah:
1.
Jawatan imam telah dianugerahkan oleh Allah.
2.
Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahlul bait.
3.
Beramal dengan taqiah.
4.
Mengharuskan perkahwinan mut’ah.
5.
Beriktikad bahawa imam ke 12 mereka akan
6.
Muncul sebagai imam Mahdi.
Maksud Sihir :
- Ilmu yang berkaitan perbuatan
secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitanatau
jin/ bertujuan memudaratkan atau mengelirukan manusia.
Akibat
mengamalkan sihir dalam masyarakat :
- Merosakkan akidah
- Memecahbelahkan masyarakat
- Hilang pergantungan kepada Allah kerana
mendapat bantuan syaitan
- Ahli sihir menjadi takbur dan berani
melakukan kezaliman
Maksud mengumpat
:
- Mengata atau menceritakan keburukan
seseorang di masa ketiadaannya/serta boleh menimbulkan kemarahan apabila
dilakukan dihadapannya
Sebab seseorang
itu mengumpat atau memfitnah:
- Ingin melihat orang lain menderita
- Takut persaingan hidup
- Tidak mahu mengaku kelebihan orang lain
- Irihati atau hasad dengki terhadap
kelebihan yang ada pada orang lain
Dua akibat
memfitnah selain dipandang hina oleh masyarakat
- Masyarakat Islam akan mundur
- Putus silaturrahim dan menghalang
perpaduan
- Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan
- Merendahkan martabat agama dan umat
Islam
- Umat Islam akan ditindas oleh musuh/
Musuh berpeluang menghapuskan agama dan umat Islam
Pengasas ajaran
sesat Bahai:
- Husin Ali al-Mazandarani
Ciri-ciri
kesesatan ajaran bahai:
- Beriktikad bahawa pengasasnya adalah
jelmaan Allah
- Beriktikad bahawa semua agama adalah
sama dandigabungkan dalam ajaran Bahai
- Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa’
- Beriktikad bahawa nabi Isa mati disalib
- Mengagungkan Kod 19 hingga al-Quran
dipengaruhi oleh kod tersebut
- Menolak kewujudan mukjizat, malaikat,
syurga dan neraka
- Memansuhkan agama Islam
- Menganggap acre di Palestin sebagai
kiblat baru
- Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti
puasa 19 hari,solat sebanyak 9 rakaat 3 kali sehari dan berwudhukdengan air
mawar.
- Menghapuskan jihad
Langkah
menangani ajaran sesat :
- Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam
yang sebenar supaya sentiasa berada di
jalan yang benar.
- Menyebarkan ajaran Islam melalui
pelbagai kaedah seperti media cetak dan elektronik, ceramah, seminar dan lain-lain
- Bekerjasama dalam melaksanakan
undang-undang agar dapat membendung kegiatan ajaran sesat
- Mengadakan program pemulihan akidah agar
mereka mendapat pendedahan tentang Islam yang sebenar
Syarat
taubat
-
Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
-
Berhenti melakukan maksiat
- Berazam
tidak akan mengulangi
-
Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak
orang lain
Implikasi
tidak bertaubat
-
mendapat kemurkaan dari Allah
-
hidup tidak tenang
-
di pandang rendah oleh masyarakat
-
anak-anaknya akan derhaka kepada anaknya kelak
Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Sirah ) Siri 2
dua nama Khulafa ar-Rasyidin
- Sayidina Abu Akar as-Siddiq
- Sayidina Omar al-Khattab
- Sayidina Uthman Bin Affan
- Sayidina Ali Bin Abi Talib
Golongan lain yang terdapat
pada masa itu ( Khulafa ar-Rashidin)
- Masyarakat Islam yang berada
di luar tanah Arab seperti Iraq
- Golongan bukan Islam yang
mendapat perlindungan atau dikenali kafir Zimmi.
Dua lagi jawatan yang lain.
- Pegawai pemungut cukai
(sohibul Kharaj)
- Pegawai polis ( Sohibul
Ahdath )
- Pengurusan perbendaharaan
negara (Sohibul Baitul Mal)
- Ketua hakim (Qadhi al-Qudha)
Saranan ke arah pembangunan
rohani dan jasmani umat Islam
-
Akidah
-
Integrasi ilmu
-
Kecekapan pentadbiran
faktor beliau melakukan
pengislahan dalam sistem pendidikan
- Inspirasi
dari gerakan Islah Jamaluddin al-Afghni yang menjurus ke arah mewujudkan
integrasi ilmu
- Kesedaran
beliau terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulm sekolah dan universiti
yang telah ketinggalan zaman
- Sistem
pendidikan masa itu menjurus ke arah taklid buta dan pasif (jumud)
- Kekurangan
prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan yang menyebabkan golongan
miskin terpinggir.
Dua kesan positif penyebaran
Islam Zaman KBAbasiyah
- akidah
- Ilmu pengetahuan
- Kebudayaan
- Sistem kemasyarakatan
Semangat jihad tersebut
dapat ditanamkan dalam diri pelajar untuk berjaya dalam kehidupan dengan cara
- Berusaha bersungguh untuk
mencapai kejayaan
- Berjihad untuk menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan
- Berjihad untuk melawan hawa
nafsu
- Berjihad untuk memajukan diri
sendiri
- Berjihad untuk mengelakkan
daripada melakukan dosa
- berjihad
Dua ujian dihadapi Imam
Hanafi
- Pernah di penjara dan disebat
100 kali.
- Meninggal dunia ketika di
dalam penjara.
- Dipenjarakan kerana menolak
jawatan sebagai juru tulis surat rasmi kerajaan bani Umaiyyah.
- Juga pernah dipenjarakan
kerana menolak jawatan hakim di Baghdad.
Dua sumbangan
-
Mengasaskan Mazhab Hanafi / yang menjadi
anuti masyarakat Islam hari ini
-
Menghasilkan karya seperti al-Fiqh
al-akbar, kitab al-faraid/ yang menjadi rujukan umat Islam.
-
Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar
orang ramai di Masjid.
-
Berfikiran terbuka dan kritis dan terbuka
dalam menyelesaikan masalah fekah.
-
Ulama pertama menyusun kitab fekah
mengikut bab dengan baik dan tersusun.
- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah
tertentu.
- Seorang yang amat teliti dlm menentukan hukum mengikut
martabat hadis
Jenis tentera Zaman Bani
Umaiyah
1. Tentera sukarela
2. Tentera kerahan tenaga
3. Tentera yang dilatih khas
untuk musim panas dan musim sejuk.
4. Tentera darat
5. Tentera laut
Penambahbaikan yang telah
dilakukan dalam bidang ketenteraan Bani Umaiyah
1. Menyusun tentera mengikut
corak tentera Parsi
2. Menubuhkan angkatan perang
yang teratur
3. Tentera dilatih berperang
pada musi panas dan sejuk
4. Membina pengkalan tentera
laut yang berpusat di Tunisia
5. Menubuhkan jabatan khas yang
dikenali sebagai Dewan al-Jundi
Method yang digunakan oleh Sheikh
Jamaluddin al-Afghani dalam usaha menaikkan semangat umat Islam untuk menentang
penjajah.
1. Melalui pidato yang bernas
dan bersemangat
2. Melalui penghasilan karya
ilmiah
3. Melalui akhbar / al-Urwatul Wusqa
Bentuk islah
yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddin:
- Mengembalikan kecemerlangan
umat Islam seperti zamanKhulafa’ Ar-Rasyidin
- Membina perpaduan tanpa mengira
bangsa dan budaya
- Mengkritik Taklid A’ma
(mengikut secara membuta tuli)
- Menyeru umat Islam kembali
kepada ajaran Islam yangsebenar
- Menyedarkan umat Islam tentang
keburukan fanatikmazhab
- Menumpukan perhatian kepada usaha
memerdekakantanah air dan pemikiran dari penjajahan
Akhbar yang
pernah diasaskan oleh As-Sayyid Jamaluddin:
- Akhbar Al-Urwatul Wusqa
- Akhbar Misr
- Akhbar At-Tijarah
- Akhbar Al-Khafiqin
Kesan idea Islah yang dibawa
oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani.
1. Meningkatkan daya fikir umat
Islam
2. Membetulkan fahaman umat
Islam berpandukan al-Quran dan Hadith.
3. Mengembalikan keyakinan umat
Islam tentang kemuliaan dan ketakwaan umat Islam
4. Menimbulkan kesedaran untuk
berjuang menentang penjajah
Dua faktor kejayaan kerajaan
Bani Umaiyyah
1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
2. Penguasaan ilmu pengetahuan
3. Ekonomi yang stabil
4. Kekuatan tentera
5. Perhubungan baik antara kerajaan dan
rakyat
6. Semangat jihad yang tinggi
Dua peranan generasi kini
untuk mengembalikan kegemilangan zaman tersebut
1. Menghidupkan semangat jihad
2. Berusaha bersungguh-sungguh menguasai
pelbagai bidang ilmu
3. Sentiasa bersatu padu bagi mewujudkan
kemanan negara
4. Mengamalkan semangat juang yang tinggi
dalam usaha membangunkan agama
5. Menangkis segala serangan daripada pihak
musuh
Riwayat hidup Ibnu Khaldun
1. Nama sebenar Rahman bin Muhammad bin
Muhammad
2. Lahir di Tunisia 732H=1332M
3. Berketurunan Arab Yaman yang berhijrah ke
Andalus
4. Bapanya seorang sarjana
5. Sejak Tunisia diserang wabak taun ia
berpindah kebeberapa tempat iaitu al-Geria,Fez,Granada,Bougie dan Mesir
6. Pernah menyandang beberapa jawatan
- S/U Negara di Istana Sultan Abu Ishak
dan Sultan Abu Annan
- Anggota majlis Ilmiah
- Anggota jabatan setiausaha sulit sultan Abu
Salim di Fez,Maghribi
- Duta Granada
- Perdana Menteri Bougie
- Ketua Hakim Negara ( Qadi al-Kudhat ) Mesir
7. Meninggal di Kaherah Mesir 808 H – 1406 M
ketika berumur 87 tahun
Dua bukti menunjukkan Ibnu
Khaldun tokoh dalam pelbagai bidang
1.Sejarawan
- Menganalisis tamadun dari segi permulaan dan
faktor kegemilangan serta kejatuhannya
- Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi
,ekonomi,sosiologi,alam sekitar dan geografi
2.Negarawan
-Menyandang beberapa jawatan penting negara
antaranya
- S/U Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan
Abu Annan
-Anggota majlis Ilmiah
-Anggota jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim
di Fez,Maghribi
-Duta Granada
-Perdana Menteri Bougie
-Ketua Hakim Negara ( Qadi al-Kudhat ) Mesir
3.Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab
-Menghasilkan banyak syair
- Jelas kelihatan dalam perbahasan tentang syair
dalam kitab al-Muqaddimah
Dua ilmu berteraskan akal yang terdapat pada
zaman tersebut ( Bani Abbasiyah)
1. Ilmu matematik
2. Ilmu falak
3. Ilmu kimia
4. Ilmu fizik
5. Ilmu geografi
6. Ilmu perubatan
Dua faktor utama perkembangan
ilmu pengetahuan pada zaman tersebut
1. Usaha dan galakan para khalifah yang
mengambil berat ilmu pengetahuan
2. Aktiviti penterjemahan kedua-dua bidang
ilmu/pelbagai bidang ilmu
3. Kestabilan politik dan kewangan /
membolehkan kerajaan memberi tumpuan
kepada pendidikan
4. Kehadiran para sarjana pelbagai bidang
ilmu ke baghdad.
5. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
6. Dasar kerajaan Abassiyah yang memberi
keutamaan kepada ilmu pengetahuan
7. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji
alam sekitar
8. Hubungan diplomatic antara kerajaan
abassiyah dengan negara-negara luar.
9. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat
keilmuan dan perdagangan antarabangsa.
Dua usaha yang
dilakukan oleh kerajaan bani Umaiyah bagi
memantapkan
sektor perdagangan pada masa itu:
- Membina jalan raya dan
pelabuhan bagi kemudahanpersinggahan kapal.
- Kapal perang khas dibina untuk
mengawal lautan danmembanteras lanun
- Membuat perusahaan kraftangan.
Dua hasil negara
pada zaman kerajaan bani Umaiyah selain
zakat:
- Kharaj
- Jizyah
- Usyur
- Fai’
- Ghanimah
Faktor kelemahan
pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada
masa tersebut:
- Khalifah al-Wasiq tidak
melakukan sebarang pembaharuan
- Banyak bergantung kepada
pegawai Turki untuk menjalankan polisi pemerintahan
- Pengaruh Turki dan Parsi
menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah
Dua bangsa yang
mempengaruhi percaturan politik kerajaan
Abbasiyah pada
masa tersebut:
- Turki
- Parsi
Sebab Imam Ahmad
bin Hanbal digelar “Al-Hakim”:
- Menghafaz lebih daripada 700
ribu hadis
- Mempunyai pengetahuan mendalam
dalam ilmu hadis
Dua sumbangan
beliau:
- Menghasilkan karya (1m) yang menjadi
rujukan seperti kitab al-Musnad (1m) /Tafsir al-Quran, an-Nasikh wal Mansukh,
al-Muqaddam wal Muakhir, Jawabah al-Quran,
at-Tarikh, al-Manasik al-Kabir,
al-Manasik as-Saghir, al-Illah dan as-Solah.
- Pendokong Mazhab Hanbali (1m)
yang tersebar hingga keMesir (1m)/ Iraq, Syria, Hijaz dan Najd.
Sikap
pemerintah kerajaan Umaiyyah
-
sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat
-
segelintir pemerintah yang cuai melaksanakan tuntutan Islam
-
sikap kemewahan hidup pemerintah
Dua
Method islah dalam dakwah oleh Muhammad Abduh
-
Proses pengajaran di masjid/masjid al-Husin/sekolah/sekolah al-Sultaniah
Beirut/university/university al-Azhar
-
Melalui media massa/majalah/majalah al-Urwatul Wusqa/akhbar
-
Menghasilkan karya-karya/karya Risalah al-Tauhid
-
Jawatan yang di sandang/hakim/mufti
Kesan
perjuangan islah Muhammad Abduh dalam ilmu:
-
Sukatan pengajian di sekolah dan university meliputi bidang ilmu fardhu ain dan
kifayah
-
Kurikulum Uni al-Azhar menjadi model kpd pusat2 pengajian lain
-
Kebajikan pelajar diberi perhatian/asrama/farmasi
-
Menyediakan peruntukan gaji guru
-
Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil
Dua
daripada sumber kewangan kerajaan bani Abbasiah
-
Zakat
-
Kharaj/cukai tanah
-
Usyur/cukai pelabuhan/hasil pertanian
-
Jizyah/cukai keatas bukanj islam/cukai kepala
-
Al-Fai/ufti/harta musuh yang berdamai
-
Al-ghanimahharta rampasan perang
Dua
faktor yang membawa kegemilangan kerajaan Bani Abbasiah
-
Kestabilan politik/kekuatan tentera/kecekapan pemimpin
-
Dasar politik kerajaan Bani abbasiah yang disenangi rakyat/adil kepada rakyat
-
Kedudukan Baghdad yang strategic menjadi laluan perdagangan
-
Perpaduan antara kaum/rakyat setia kepada pemimpin
-
Penghayatan konsep kerja sbagai ibadah
-
Perkerkembangan pesat ilmu
-
Kemantapan dkonomi
-
Hubungan diplomatik yang baik
-
Pentadbiran berdasarkan al-quran dan sunnah
Riwayat
hidup Imam Ahmad bin hanbal
-
Nama sebenar Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
-
Lahir pada rabiul awal 164H/780 M
-
Lahir di Baghdad Iraq
-
Keturunan nabi Muhammad s.a.w.
-
Merupakan murid imam Shafie
-
Wafat pada 231 H /855 M ketika berumur 77 tahun
Kegigihan
Imam Ahmad bin hanbal yang dapat dicontohi dalam menuntut ilmu
-
Selalu membawa alat tulis/kertas ke mana sahaja
-
Menghafaz al-quran dan mempelajari bahasa arab
-
Pernah keluar sebelum terbit fajar tetapi dilarang ibunya
-
mengembara ke beberapa buah negeri untuk mencari ilmu
BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
Peperiksaan
SPM bermula pada hari Isnin 3 November 2014. Kertas Bahasa Melayu menjadi
pemula peperiksaan. Kepada calon-calon peperiksaan SPM, di sini kami berikan
sedikit tip intensif di saat akhir agar semua berjalan dengan baik sewaktu
menghadapi peperiksaan:
Ø Menyusun segala
maklumat di dalam fikiran anda dengan susunan yang baik dan sistematik.
Ø Memilih waktu
yang sesuai untuk mengulangkaji dan beriadah. Jika anda merasa jemu, anda boleh
mula menyelesaikan soalan-soalan matematik.
Ø Membuat jadual
waktu untuk mengulangkaji yang baik dan tersusun dan bersesuaian dengan jadual
waktu peperiksaan.
Ø Pastikan setiap
subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang
diperuntukkan untuk subjek yang lain.
Ø Mengulangkaji
set-set soalan bersama skema jawapan yang diberi oleh guru.
Ø Beri lebih fokus
untuk menjawab soalan terutamanya soalan-soalan yang sukar.
Ø Elakkan makan
makanan yang boleh memudaratkan.
Ø Tunggang
motorsikal berhati-hati dan berhemah.
Ø Tidur sekurang-kurangnya
6 jam sehari.
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
...... semoga anda berjaya dengan cemerlang.
Jawapan : Tajuk Percubaan Kelantan / Kedah/ SBP/ Trengganu/ JUJ Pahang ( Sirah )
Sumbangan Abu Bakar as-Siddik
r,a dalam pentadbiran negara:
- Menghapuskan golongan murtad
- Menghapuskan golongan nabi
palsu
- Membebaskan negeri yang
berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi
- Menghapuskan golongan yang
enggan membayar zakat
Dua akibat membelakangkan
kepimpinan khulafa’ ar-Rasyidin
- Orang munafik mendapat peluang
memecahbelahkan umat Islam
- Negara Islam selepas khulafah
ar-Rasyidin dipimpin oleh khalifah secara warisan
- Keadaan kacau bilau dengan
pembunuhan khulafah Othman bin Affan dan Ali bin Abi Talib
- Negara terdedah dengan fitnah
dan peperangan sesame sendiri.
Dua bukti Ibnu Khaldun sebagai
tokoh
- Ketua hakim Mesir
- Anggota Ilmiah di Pez
- Perdana Menteri di Bongie
- Penggiat budaya dan
kesusasteraan Arab
- Menghasilkan banyak syair
dalam kitab Muqaddimah
- Pegawai Jabatan Setiausaha
Negara di Istana Sultan Ishak
Dua contoh Ibnu Khaldun adalah
seorang yang tekun menuntut ilmu
- Tekun mempelajari ilmu fardhu
ain dan fardhu kifayah
- Bijak membahagikan masa untuk
menuntut ilmu walau sibuk dengan tugas pentadbiran.
- Menghasilkan banyak syair
- Penggiat kesusasteraan Arab
Faktor yang membawa kejatuhan
pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah.
- Pemerintah mengabaikan ajaran
Islam
- Pemerintah lalai dengan
kemewahan hidup
- Berlaku pilih kasih dalam
pemerintahan
- Wujud semangat
asobiyyah/kabilah
Pengajaran yang dapat diambil daripada kejatuhan tersebut.
- Setiap pemimpin hendaklah
memerintah berdasarkan ajaran Islam yang sebenarnya.
- Pemerintah hendaklah
mengamalkan sistem pemerintahan yang adil dan saksama pada rakyat.
- Umat Islam hendaklah hidup
dalam kesederhanaan dan tidak bermewah-mewahan.
- Kita hendaklah hidup bersatu
padu dalam negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)