Monday, 24 September 2012

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM 1223 SPM TAHUN 2012



PENDIDIKAN ISLAM  SPM 1223/1 ( KERTAS  1)

BAHAGIAN A:
Soalan Objektif  20 soalan ( 20 markah )
1.            Aneka pilihan  ( soalan 1-20 )

Soalan Struktur   20 Soalan ( 20 markah )  
( soalan 21 – 40 )
2.            Isi tempat kosong
3.            Isi tempat kosong bergambar rajah / carta / peta minda

BAHAGIAN B:
Terdapat 4 Soalan Subjektif (60 MARKAH)    JAWAB 3 SOALAN SAHAJA.

1.            AQIDAH                                      ( 20 markah )
2.            IBADAT                                       ( 20 markah )     
Kedua-dua bahagian ini wajib dijawab.      
                          
3.            TAMADUN /TOKOH / ADAB        ( 20 markah )
4.            TAMADUN / TOKOH / ADAB       ( 20 markah                      
Soalan no 3 dan no 4 adalah pilihan ia hanya perlu dijawab satu soalan sahaja.

1.       TIPS MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
·                      Faham kehendak soalan dan teliti setiap jawapan
·                     Pilih jawapan salah dahulu dan pangkah
·                     Perhatikan penggunaan perkataan   ( istilah )
·                     Perhatikan soalan berbentuk ‘bukan’ atau  ‘kecuali’
·                     Jawab soalan yang senang dahulu
·                     Hitamkan jawapan yang betul sahaja

2.       TIPS MENJAWAB SOALAN ISI TEMPAT KOSONG
·                     Memerlukan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu pernyataan yang diberikan.
·                     Jawapan hendaklah tepat  (hanya satu jawapan sahaja diperlukan bagi setiap soalan).
·                     Baca soalan dengan teliti hingga selesai
·                     Hafal istilah-istilah agama yang digunakan dalam Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5



3.             SOALAN BERGAMBAR RAJAH /CARTA /PETA MINDA
·                     Soalan ini memerlukan jawapan yang ringkas dan tepat  tentang sesuatu rajah, peta minda atau jadual yang diberikan.
·                     Anda perlu membaca arahan untuk mengetahui kehendak soalan yang sebenarnya.
·                     Baca arahan sekurang-kurangnya 2 kali.

KELEMAHAN-KELEMAHAN PELAJAR

1.             MEMBUAT PILIHAN SOALAN YANG  TIDAK TEPAT  (Bahagian B Soalan No. 3 dan 4)
2.            TIDAK MEMAHAMI SOALAN SEPENUHNYA
3.            TIDAK FAHAM ISTILAH-ISTILAH YANG ADA DALAM SOALAN. ( ISTILAH AGAMA )
4.            TIDAK ADA  PENGENALAN JAWAPAN   (INTRO / KEPALA AYAT/ PEMBAYANG) 
5.            MENGEMUKAKAN ISI YANG  TIDAK JELAS
6.            JAWAPAN TIDAK CUKUP ISI
7.             JAWAB TIDAK MAHU LEBIH ( HANYA CUKUP MAKAN)
8.            MENJAWAB SOALAN DALAM BENTUK PERENGAN SAHAJA
9.            JAWAPAN YANG DIBERI SEOLAH-OLAH MENGHURAI SEMULA SOALAN
10.          ISI JAWAPAN HAMPIR SAMA
11.          JAWAPAN TERLALU PANJANG, SEDANGKAN ISINYA SATU SAHAJA
12.          JAWAPAN YANG TIDAK MUNASABAH
13.          SOALAN JENIS PERBEZAAN, PELAJAR TIDAK MEMBUAT KOTAK PERBEZAAN
14.          TIDAK MENGUASAI HUKUM FEKAH / IBADAT
1.            HUKUM BETUL  ( 1 MARKAH ) 
2.            ALASAN BETUL  ( 1 MARKAH )JIKA SALAH HUKUM DIKIRA SALAH SEKALIPUN ALASAN BETUL

PENDIDIKAN ISLAM  SPM 1223/2 ( KERTAS  2)
·                  Terdapat 5 soalan,  kesemuanya wajib dijawab
·                  Peruntukan markah penuh  ialah 100 markah, setiap satu soalan diberi  20 markah.
·                  Semua jawapan hendaklah ditulis pada buku  jawapan yang disediakan oleh LPM.

Cakupan Konteks kertas ini ialah :-
1.            Ayat dan hadis kefahaman         ( 8 – 10 markah )
2.            maksud potongan ayat                ( 2 markah )
3.            maksud potongan hadis               ( 2 markah
4.            hukum tajwid                                ( 4 markah )
5.            hukum tajwid dan cara bacaan    ( 6 markah )
6.            Ayat hafazan                                 ( 12 markah )  
1.            Susun ayat (dua soalan)   4m + 4m  ( 8 markah) tulis nombor secara melintang atau menegak .
2.            Melengkapkan ayat ( satu soalan )=( 4 markah )
7.            Kemahiran jawi  ( dua soalan )   6m + 4m=( 10 markah)
Ø  Salah melebihi tiga huruf/perkataan dalam satu keratan dikira  0 markah
Ø  Ejaan bercerai dikira salah/ tidak diterima
Ø  Tertinggal titik melebihi tiga huruf dalam satu keratan 0 markah
Ø  Huruf yang sama, tidak bertitik dalam satu keratan dikira  satu kesalahan sahaja
Ø  Menggunakan keadah ejaan jawi DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka )
PEMBAHAGIAN MARKAH KERTAS 2
BIDANG
JUM. TAJUK
JUM. SOALAN
MARKAH
JUMLAH MARKAH
Ayat Kefahaman
13
5
10+10+10+10+8
48
Ayat hafazan
6
3
4+4+4
12
Hadis
4
3
6+6+8
20
Tajwid
-
2
4+6
10
Jawi
-
2
4+6
10

STERATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 2

1.            Anda perlu menjawab kesemua 5 soalan dalam masa 1 jam 40 minit. Masa yang dicadangkan untuk menjawab setiap soalan kurang dari 20 minit.
2.            Ikut arahan sebagaimana yang terdapat pada halaman pertama.
3.            Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
4.            Sekiranya ada soalan yang sukar, jawab soalan lain terlebih dahulu.
5.            Bagi soalan ayat Hafazan (melengkapkan ayat dan menyusun ayat)
1.            Anda mestilah menghafaz ayat yang ditentukan.
6.            Bagi soalan hukum tajwid
1.            Anda perlulah mengamati dan memahami soalan dengan  berhati-hati dan bertepatan dengan soalan yang diberi
      7. Bagi soalan menjawikan, anda dikehendaki menukarkan teks  yang diberi. Jawapan hendaklah 
          mengikut ejaan DBP.

TIP-TIP PENTING ! 
TEKNIK JAWAPAN PELAJAR.
APA YANG PERLU ANDA BUAT ?

1. Baca arahan dengan teliti.
2. Jawab semua soalan yang dipilih hingga selesai.
3. Tandakan (√ ) bagi soalan yang telah dijawab.
4. Gunakan helaian baru bagi setiap nombor soalan yang dipilih.
5. Tinggalkan ruangan satu baris antara jawapan soalan ceraian (i), (ii) dan sebagainya.
6. Tulis jawapan sama ada rumi atau jawi yang agak kasar.
7.   Jawab dalam bentuk fakta dengan sedikit huraian .8.  Isi Jawapan biar lebih dari yang dikehendaki kerana pemeriksa akan  mencari fakta-fakta yang betul sahaja  untuk diberi markah.
9. Jawapan dalam bentuk esei mesti mempunyai isi yang tidak meleret-leret.
10. Isi jawapan tidak berulang-ulang. ( isi membawa maksud yang sama )
11. Jawapan bagi soalan perbezaan, mestilah jelas. Seelok-  eloknya buat dua ruangan.
12. Soalan-soalan yang tidak ditentukan jumlah markah,
       - Sila lihat peruntukan markahnya. Jika 4 markah perlu 2 isi dan jika 6 markah perlu 3 isi.
13.  Pastikan semua soalan dijawab meskipun dianggap tidak  tepat, kerana jawapan yang  tersirat / kurang jelas akan  diterima dan mendapat markah.
14.   Semak jawapan dan bandingkan dengan nombor soalan yang dipilih sebelum dihantar.
15.   Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor dari  nombor kecil kepada besar. ( 1, 2,3,4 dan 5 )
               
LARANGAN
( Tolong jangan buat seperti ini )

1.  Tidak ikut arahan seperti dihelaian pertama.
2.  Menulis diruangan yang diarahkan untuk mengosongkannya.
3.  Jawapan dalam bentuk esei dengan meleret-leret.
4.  Jawapan yang lintang pukang tidak mengikut susunan nombor
   ( termasuk ketika mengikat kertas jawapan )
5.   Menulis kata-kata rayuan.
6.   Menulis ayat-ayat al-Quran atau doa-doa tertentu.
7.   Tulisan yang terlalu halus dan berbunga-bunga yang sukar dibaca oleh pemeriksa.


KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN

  1. mah Al-Quran / jawi
  2. Tidak memahami kehendak ayat.
  3. Tidak memahami soalan yang diberi.
  4. Fakta yang tidak lengkap / Tidak memberikan isi
  5. Tidak seimbang memberikan jawapan terutama dalam soalan perbezaan.
  6. Jawapan tidak menepati kehendak soalan.
  7. Tidak mahir menggunakan istilah agama.
  8. Menyalin soalan

No comments:

Post a Comment